CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kereta BMW dengan Model Hibrid

BMW Malaysia

BMW Group Malaysia merancang membawa masuk model hibrid ke pasaran tempatan menerusi model Series dan 5 Series dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, model terbaru itu berdasarkan penerimaan pasaran dalam usaha Malaysia meningkatkan teknologi hijau dan rantaian mapan.








“Adalah penting melaksanakan langkah tertentu bagi menggalakkan pasaran menerima inovasi teknologi. Hasrat kerajaan Malaysia memperkenalkan standard diesel Euro IV dalam masa terdekat misalnya adalah langkah penting ke arah evolusi negara menjadi penyokong sebenar teknologi hijau.



“Kami di BMW berharap agar kerajaan dapat memberikan komitmen yang menyeluruh kepada rancangan ini,” katanya yang merancang membawa masuk hibrid 7 Series.



Geoffrey ditemui pada pelancaran pameran BMW EfficientDynamics yang menampilkan kehebatan kenderaan konsep BMW ActiveE di ibu negara, semalam. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan Pameran itu mengetengahkan kenderaan konsep ActiveE, kereta elektrik penuh.


Gambar Kereta Hibrid BMW...........

BMW Model ActiveE
Berasaskan BMW 1-Siri yang dibangunkan BMW bagi memaju dan memperkenal kenderaan elektrik yang berdaya maju dalam pasaran menjelang 2013. “Kehadiran ActiveE memberi peluang kepada rakyat Malaysia menghargai keupayaan kenderaan elektrik selain memberi kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil untuk memperkenalkan kenderaan elektrik ke pasaran Malaysia seperti teknologi diesel maju BMW, teknologi petrol maju BMW, teknologi hibrid, kenderaan elektrik dan hidrogen,” katanya.

3 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!