CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 9 Mei 2012

Jom Pelajari Sistem Ekzos Kenderaan Dan Penjagaannya


EKZOS 

Sistem Ekzos Kenderaan 

EKZOS memainkan peranan penting bagi mengeluarkan hasil pembakaran dalam enjin bagi menghasilkan daya tolakan selain sisa pembakaran petrol dan udara.

Segelintir pemilik kenderaan menjadikan ekzos itu sebagai bahagian untuk mencantikkan kenderaan sama ada dengan memasang kebuk peredam bunyi dan muncung ekzos pelbagai saiz serta warna. 




Kedua-dua komponen itu juga bakal menentukan keadaan bunyi yang dikeluarkan ekzos sama kuat atau sebaliknya. 

Sistem Ekzos

Ada pelbagai jenis ekzos yang berfungsi mengeluarkan pelbagai nada bunyi selain menjadikan sesebuah kenderaan itu lebih bertenaga serta menambah kuasa pecut, bagaimanapun ia perlulah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.



Bagaimanapun, sebilangan besar pemilik kereta lama kurang memberi perhatian terhadap penjagaan sistem ekzos dan hanya mengambil perhatian jika bocor atau rosak.


Ekzos yang bocor bukan saja mengurangkan kuasa pecut malah akan menambahkan penggunaan bahan api. 

Pemeriksaan ekzos perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan boleh melakukannya sendiri bagi mengesan kebocoran dengan mendengar bunyinya. 

Jika ada kebocoran, bunyi pada bahagian hujung paip ekzos lebih perlahan kerana sebahagian besar sudah terlepas melalui lubang yang bocor. 

Pemeriksaan juga boleh dibuat dengan merasa sepanjang saluran ekzos menggunakan tangan untuk mengesan angin yang keluar tetapi perlu berhati-hati jangan sampai tersentuh bahagian panas. 

Jika kebocoran berlaku di gasket penyambung blok enjin, ia berkenaan perlu ditukar baru dan jika pada bahagian lain, ia sepatutnya dikimpal jika lubangnya kecil. 

Bagaimanapun, jika lubang yang bocor terlalu besar, lebih baik menukar keseluruhan sistem ekzos jika usianya melebihi tiga tahun untuk mengelak pembaziran bahan api. 

Setiap ekzos mempunyai kualiti berbeza dan ia bergantung kepada sama ada untuk memilih yang bermutu tinggi atau berharga murah, tetapi perlu berhati-hati dan perlu mendapatkan nasihat daripada mekanik. 

Selain itu, segelintir pemilik kereta memilih memasang ekstraktor pada paip ekzos dengan tujuan memberi lebih kuasa pecut. 

Fungsi ekstraktor ialah membantu mengumpul buangan bakaran dari kebuk pembakaran (combustion chamber) dan menyalurkannya keluar secara kemas dan teratur. 

Pelbagai jenis ekstraktor boleh didapati di kedai aksesori dengan harga yang tidak begitu mahal jika dibandingkan dengan kebaikannya.



33 ulasan:

  1. Balasan
    1. tak kira lelaki ker perempuan...semua kena belajar, agar kita tahu apa masalhnya supaya tak mudah di tipu tokey2 kedai

      Padam
  2. ada ekzos yang tak keluarkan bunyi bising melainkan ekzos standart>>>??

    BalasPadam
  3. macam mana kalau exz0s kete saya tidak berbunyi mcm biasa..kelmarin saya tukar plug,bila saya drive kete balit saya perasan keta saya terhinggut2 mcm tersedak2 injen mcm nak mati,mula ny saya tak kisah mungkin sebab plug baru..tapi bila sudah sampai rumah saya perasan exz0s keta saya juga berbunyi tud tud tud..bunyi ny tidak mcm bunyi biasa..kenapa jadi macam tue ye,.Harap dapat dit0lng yea...Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Karberator tersbat

      Padam
    2. MUNGKIN SEWAKTU ANDA SEDANG MENUKAR PLUG BARU,PLUG BARU ITU TELAH TERJATUH DAH TERUS DIPASANG TANPA MENUKAR PLUG YG TIDAK JATUH

      Padam
  4. nubi tentang kereta... kalau tukar sistem ekzos... ia akan ada kesan buruk pada enjin kereta atau waranty tak kawan2?

    BalasPadam
  5. nubi tentang kereta... kalau tukar sistem ekzos... ia akan ada kesan buruk pada enjin kereta atau waranty tak kawan2?

    BalasPadam
  6. Sistem Ekzon untuk kereta auto dan manual sama x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kenapa kereta baru keluar kilang manual n auto exzos sama..?

      Padam
  7. extractor = exhaust manifold

    BalasPadam
  8. How much is it if need to be change the whole system?

    BalasPadam
  9. bro klo tukar exzos yg bunyinya kuat skit ada kesan dgn engin dn wrnty x?

    BalasPadam
  10. Sistem ekzos dan RPM ade kaitan x? Sbb ekzos bocor kt tngah2. RPM 4k bru dpt 110km/h

    BalasPadam
  11. Shoheda Ali
    -Terpulang pda kemahuan anda. Kemahuan menentukan bajet sesuatu.

    dojow jun
    -Xde void warranty jika tukar muffler@tabung belakang melainkan tukar extractor depan skali sebab tkut mggangu sensor ekzos. Jika ingin tukar pastikan ianya di pasng semula didengan cermat.

    Badrul Hafiz
    RPM biasanya kaitan dengan throttle body shaja. RPM andak tpi klajuan cuma km/j dsebabkan ekzos yg bcor & telah myebabkan kuasa kreta anda x sejajar dengan bcaan RPM dari throttle body. Seeloknya kimpal@welding bhgian yg bcor jika xbesar bcornya atau tkar baru jika teruk bcornya. Jgn di biarkan lma nanti tekanan pda enjin serta mbazirkan pnggunaan bhan api.

    BalasPadam
  12. Kalau tekan minyak bunyi bising tu ekzos ke?

    BalasPadam
  13. Salam, saya nak tanya. Saya pakai saga flx auto. Jadinya. Saya bercadang nak tuko tabung. Mana lagi bagus, S flow atau straight flow. Berapa costing utk bikin ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tukar belum jom swap dgn saya..wasap 0135912717 untuk lebih lanjut

      Padam
  14. Salam. Saya nak tanya, oxygen sensor pada exhaust bermasalah dan servis centre rekomen tukar satu set exhaust baru. Perlukah dbuat penukaran exhaust?

    BalasPadam
  15. Salam saya nak buat exzos dari depan sampai belakng pakai apa EA bagus

    BalasPadam
  16. salam, sy br tukar ekzos sbb yg lama bocor..btul ke ekzos yg bocor tu blh welding blik je ? and bila dh tukar, sy perasan extractor sy kedai tu xpsag balik. ade ape2 masalah ke kalau sy xpsg extractor tu ? mcm bila jalan jem,keta akan overheat ke ?

    BalasPadam
  17. Start enjin kereta bunyi motorbot . Apa masalah tu

    BalasPadam
  18. Mungkin rumah anda berdekatan dengan sungai atau laut

    BalasPadam
  19. Sy nk tkar extractor pakai yg steel 2.5 untk engin 4g91..adakah ia efect pd enjin sy

    BalasPadam
  20. Ekzos bocor.. Lepas repair.. Lubang tutup balik..still rsa tersedak2 nak padam bila tekan myk.. Bunyi pun lain macam.. Knpa yerrkk?

    BalasPadam
  21. Ekzos bocor.. Dh repair tampal smua..still bunyi pelik.. Enjin pun tersedak2 masa tekan minyak.. Apa erkk?

    BalasPadam
  22. Assalam..tumpang tanya...sy pakai bullet 2 biji... Ok ke x? Dari segi power atau ada apa2 kesan xelok x?

    BalasPadam
  23. kalau sarang dalam muffler gugur boleh pakai lg ke.?

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!