CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 15 September 2011

Proton Membuat Kereta Elektrik

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) semalam menyerahkan tiga unit model Saga 'Electric Vehicle' (EV) dan lima unit 'Range Extender Electric Vehicle' (REEV) bagi membantu kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastruktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia.

NAJIB bersama Dr. Mahathir menunjukkan isyarat bagus pada kereta Proton Saga EV pada majlis penyerahan kereta elektrik di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Mohd. Nadzmi (kanan).

Penyerahan kenderaan itu ialah kepada pejabat Perdana Menteri serta empat lagi kementerian iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.
Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh menyerahkan kenderaan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri yang mewakili kementerian masing-masing pada majlis di sini semalam.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Penasihat Proton.
Proton Saga EV merupakan sebuah kenderaan elektrik manakala Proton Exora REEV pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!