UMW Toyota sasar 4,000 kereta hibrid
Vios edisi terbaru dijangka penyumbang terbesar peningkatan jumlah jualan tahun ini
Toyota Vios Edisi Baru |
Mei tahun ini, UMW Toyota sudah menjual 980 unit kereta hibrid yang mana 800 unit adalah model Prius, manakala 180 unit lagi Lexus CT200h.
Daripada jualan 4,000 unit yang disasarkan tahun ini, 2,500 unit dijangka disumbang model Prius sementara selebihnya Lexus CT200h
Bagi sasaran jualan keseluruhan kenderaan Toyota tahun ini, Toyota terus mengekalkan sasaran asal 90,000 unit didorong jumlah kuantiti industri (TIV) yang kekal kukuh walaupun sektor automotif dunia terganggu susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun Mac lalu.
Vios yang menyumbang satu pertiga daripada jumlah keseluruhan jualan Toyota sebanyak 94,000 unit tahun lalu, dijangka menjadi penyumbang terbesar dengan sasaran 30,000 unit tahun ini.
“Toyota sudah menjual 12,000 unit Vios dan yakin mencapai sasaran 30,000 unit menerusi pengenalan Vios 1.5G Limited ini,”
Sementara itu, Vios 1.5G Limited yang disasarkan untuk golongan muda ditawarkan pada harga atas jalan termasuk insurans bermula RM89,600 seunit.
Didatangkan dengan warna pilihan Silver Metallic, Coal Black, White, Medium Silver Metallic dan warna baru Deep Amethyst Mica Metallic, ia menampilkan bahagian depan lebih menarik dengan gril baru dan aerokit yang direka khas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan