CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 24 Oktober 2011

Tragedi Di Litar Sepang....Simoncelli Terkorban

Simoncelli temui ajal


TIDAK sampai dua pusingan dilangsungkan, perlumbaan kategori MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia semalam bertukar menjadi tragedi ngeri apabila penunggang Itali, Marco Simoncelli mengalami kemalangan maut.



Simoncelli, 24, mengalami kemalangan pada pusingan kedua dan dilanggar oleh jentera ditunggang Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika dia terseret ke tepi litar dengan jentera Honda miliknya.


Topi keledarnya tercabut dalam kejadian itu dan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu diberhentikan dengan bendera merah dan kemudiannya dibatalkan terus.


Edwards dari pasukan Yamaha turut mengalami kemalangan tetapi tidak mengalami kecederaan serius, manakala Rossi mampu untuk meneruskan tunggangan bersama jentera Ducati.



Simoncelli terbaring kesakitan di litar sebelum dikejarkan ke pusat perubatan litar itu apabila dia disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.




“Setiap orang yang terbabit dengan MotoGP mengucapkan takziah kepada keluarga Marco, rakan-rakan dan pasukan dalam apa yang dianggap kehilangan tragik ini,” kata MotoGP dalam satu kenyataan.


Casey Stoner, yang memenangi kejuaraan MotoGP dunia kedua pada Grand Prix Australia minggu lalu, berkata: “Sebaik saya saksikan sorotan itu, ia membuatkan saya rasa sedih. Apabila topi keledar tercabut, ia satu petanda yang tidak baik.” Kematian Simoncelli adalah yang pertama dalam kelas perdana itu sejak seorang lagi penunggang Honda, Daijiro Kato, terbunuh pada Grand Prix Jepun 2003.


Shoya Tomizawa turut maut dalam kemalangan serupa seperti Simoncelli dalam Moto2, satu kelas di bawah MotoGP, tahun lalu.


Simoncelli, yang lebih dikenali dengan potongan rambut ala afro, bermula dalam kelas 125cc pada 2002 sebelum berpindah ke kelas 250cc pada 2006. Dia menjuarai kelas 250cc dunia pada 2008.


Ia juga tragedi kematian pertama berlaku di Sepang.



Pengarah Perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena mengesahkan kematian Simoncelli.



Simoncelli terbabit dengan tragedi kemalangan teruk yang menyebabkan kecederaan teruk di kepala, leher dan dada. Ketika tiba di kawasan kemalangan, pasukan perubatan mendapati dia sudah tidak sedarkan diri.



“Sebaik menaiki van ambulans, kakitangan perubatan memberi rawatan kecemasan dan diteruskan sehingga tiba di pusat perubatan, namun gagal untuk diselamatkan,” kata Macchiagodena.



“Satu siasatan akan dilakukan mengenai bagaimana topi keledarnya boleh tercabut,” kata Pengarah Perlumbaan MotoGP, Paul Butler yang menjawab pertanyaan wartawan mengenai insiden itu.

3 ulasan:

  1. sebab helmet tercabut tu yg teruk sgt tu kalau helmet tk tercabut mungkin ok lagi kan, moto laju memang tak sempat nak elak.. kesian dia ..

    BalasPadam
  2. lama xsinggah sini...dan tak tgk berita kat tv jugak...kat sini pn dh lain...sudah biru....

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!