CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 20 Oktober 2011

Terbaru.....Honda Wave Dash SE Versi Repsol

Honda Wave Dash SE

BOON Siew Honda Sdn Bhd menyasar jualan 4,200 unit Honda Wave Dash SE yang didatangkan dalam versi Repsol dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang hingga awal tahun depan.

Pengarah merangkap Pegawai Pemasaran dan Jualan Boon Siew Honda Sdn Bhd, Tan Hui Jing berkata, model terbaru itu tampil dengan imej lebih bergaya diperkenalkan berikutan kejayaan pelancaran Honda Wave Dash pada April lalu. Menurutnya, model edisi khas berharga RM5,368 itu disasarkan kepada golongan muda yang gemar dengan gaya motosikal Repsol.

Ia menampilkan gaya dinamik, canggih dan selesa, di samping jenamanya yang meyakinkan pengguna serta tahan lasak. Honda Wave Dash SE dijana dengan kuasa 110cc enjin empat lejang yang menampilkan kuasa kuda maksimum 6.22kW/7,500rpm dan tork maksimum mencecah 8.59Nm/5,500 rpm.

9 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!