CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 1 Mac 2014

Pengangkutan Rasmi Formula 1

RapidKL pengangkutan rasmi F1


RAPID Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) dilantik sebagai syarikat pengangkutan awam rasmi bagi perlumbaan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2014 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bulan hadapan.
Pelantikan Rapid Bus yang mengendali khidmat bas RapidKL itu dilakukan oleh SIC memandangkan kejayaan syarikat tersebut menawarkan khidmat pengangkutan sempena perlumbaan Shell Advance Motorcycle Grand Prix 2013 pada Oktober lalu.
Tawaran khidmat bas merangkumi laluan antara KL Sentral, Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke SIC selama tiga hari bermula 28 Mac ini.

Tiket sehala ke SIC dijual pada harga RM18 bagi perjalanan dari KLCC dan KL Sentral. Untuk tiket pergi balik dari lokasi sama, harganya ialah RM30. Rapid Bus juga menawarkan tiket sehala membabitkan sektor SIC dan LCCT pada harga RM10 setiap satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!