CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 9 Julai 2011

PROJEK My Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh -Kajang

PROJEK My Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh -Kajang


My Rapid Transit dijangka menjimatkan

KOS sebenar bagi projek MRT Lembah Klang atau ‘My Rapid Transit’ antara Sungai Buloh dan Kajang akan diumumkan bulan depan, sementara beberapa kontrak dijangka mula dianugerahkan kepada syarikat yang dipilih seawal akhir bulan ini. 

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata kos keseluruhan projek itu kini mudah ditentukan kerana jajaran muktamad bagi laluan projek berkenaan sudah ditetapkan.

Beliau menjelaskan, jajaran muktamad itu ditetapkan selepas mengambil kira semua maklum balas diterima daripada pameran awam yang berlangsung selama tiga bulan, bermula 14 Februari hingga 14 Mei lalu.



PROJEK Transit Aliran Massa yang dikenali sebagai My Rapid Transit (MRT) yang dijangka siap pada 2016 bakal menjana limpahan projek bernilai antara RM8 bilion hingga RM12 bilion, sekali gus mampu meningkatkan nilai pembangunan hartanah baru membabitkan anggaran RM15 bilion di kawasan sekitar laluan projek berkenaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, projek itu antara projek terpenting dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan akan membawa kesan positif kepada ekonomi negara.


“Ini kerana projek MRT dianggarkan mampu menjana antara RM3 bilion hingga RM4 bilion kepada pendapatan negara kasar (GNI) bagi tempoh antara 2011 hingga 2020. GNI yang diunjurkan dijana berasaskan kenaikan 20 peratus daripada segi nilai projek komersial serta kediaman antara 0.5 kilometer (km) dan 1 km pada laluan MRT bagi tempoh 10 tahun akan datang.


“Ia juga membawa kesan sampingan positif antaranya menjana 130,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan pembangunan hartanah baru dengan anggaran nilai sebanyak RM15 bilion,” katanya pada ucaptama sebelum melancarkan Projek MRT di Kuala Lumpur, semalam.




Projek MRT ini dijadualkan siap menjelang 2016 dan memulakan operasi pada Januari 2017. Sebaik beroperasi, projek MRT Lembah Klang akan mempunyai 31 stesen dengan lapan daripadanya membabitkan laluan bawah tanah,” katanya.

Sumber : Hmetro & Bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!