Assalammualaikum semua......
Berita yang menyayat hati, sedih, geram dan kecewa dengan sikap remaja-remaja sekarang yang gemar berlumba secara haram yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri, orang lain dan harta benda.
LUMBA HARAM |
Apa yang mereka dapat dari berlumba haram.....??????
Adakah setakat kepuasana diri, menjadi popular kepada pihak POLIS, dan hanya suka-suka. Membuat mereka ini berlumba secara haram.
Berita ini perlu dijadikan iktibar kepada mereka yang suka berlumba secara haram......
Kemalangan yang menyayat hati. |
Kejadian ini terjadi Pasir Mas, Kelantan.
Jalan raya dalam pembinaan di Kampung Banggol Chica di sini, yang dijadikan litar lumba haram bertukar menjadi litar berdarah apabila empat lelaki terbunuh selepas motosikal ditunggang bertembung antara satu sama lain.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, Mohamad Amirul Afiq Baharon, 17, Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19 dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21, yang berlumba disaksikan kira-kira 50 penonton dari kampung berkenaan dan kampung berhampiran, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang laju Mohd Fikri tiba-tiba meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan Abdul Muhaimin, juga menunggang motosikal jenis sama yang ketika itu berlumba sesama sendiri hilang kawalan, bertembung dengan dua motosikal Yamaha 125Z ditunggang Mohamad Amirul Afiq dan Raja Ahmad Muzzammil.
p/s Jangan hanya kepuasan yang dicari,tetapi malang pula menimpa...ingat lah orang yang tersayang.
tak pasal2x je meninggal, kesian mak bapak diorang.
BalasPadamMy latest entry : Perkara Yang Tak Pernah Terjadi Dalam Hidup, Hanya Dalam Filem
muda2 pulak tu .. masuk berita ni semalam ..
BalasPadamyeaa . dah takda word verification :)
BalasPadam....alahai...alfatihah....
BalasPadamsimpati kat mak ayah diOrang....