
MENGAMBIL masa selama tiga tahun untuk disiapkan, produk yang menjadi kebanggaan terbaharu pengeluar kereta tempatan, Proton Holding Berhad (Proton).
Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan, sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran luar negara. Maka, tidak hairanlah jika penilaian terhadap model itu lebih kritikal daripada biasa.
Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A. Kemunculannya sudah lama ditunggu-tunggu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila ada sahaja 'gambar-gambar curi' disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal tempatan.
Sekarang, terimalah hasil kerja keras 60 orang jurutera Proton. Apa yang pasti, Prevé dilihat lebih matang dan memiliki banyak fungsi berbanding model-model terdahulu Proton.


Memandangkan Prevé ialah model global, maka pembinaannya perlulah memenuhi standard dunia. Itulah cabaran paling besar yang terpaksa ditempuh Proton. Standard itu pastinya meliputi aspek keselamatan, teknologi, keselesaan, rekaan, kualiti binaan dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan