CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 23 April 2012

PROTON Menang Di Grand Prix (GP) Formula Satu Bahrain


Selepas pasukan Mercedes AMG Petronas mengharumkan nama Malaysia apabila meraih kemenangan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu China menerusi Nico Rosberg, semalam giliran Lotus Renault yang dimiliki oleh Proton pula menyerlah di Bahrain apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.
GP BAHRAIN | Lotus Renault 
Pada perlumbaan semalam yang dimenangi juara dunia dua kali, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull Renault, Kimi Raikkonen yang hanya bermula dari petak ke-11 mempamer pemanduan cemerlang untuk menduduki tempat kedua dengan hanya ketinggalan 3.3 saat di belakang Vettel.




Sementara rakan sepasukannya yang juga muka baru dalam F1, Romain Grosjean di tangga ketiga sekali gus podium pertama untuknya selepas bermula di petak ketujuh.



Bagaimanapun bagi Raikkonen, podium kedua yang dimenanginya semalam masih belum cukup untuk memuaskan hatinya meskipun ia adalah kejayaan terbesar buatnya setakat ini selepas melakukan penampilan semula pada saingan F1.


Kejayaan kedua-dua pemandu itu menyaksikan Lotus Renault kini naik ke tangga ketiga kategori pengeluar dengan meraih 57 mata sementara Raikkonen mengumpul 34 mata untuk menduduki tempat ketujuh kategori pemandu, diikuti Grosjean kelapan dengan 23 mata.



Ketika Vettel meraih kemenangan pertama musim ini, rakan sepasukannya, Mark Webber menduduki tempat keempat manakala Rosberg yang memenangi GP China sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!