CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 24 April 2012

Model Baru Yang Lebih Sporty | Toyota 86


PEMINAT kenderaan sport di negara ini mungkin tidak sabar menunggu kehadiran model terbaru, Toyota 86 selepas UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi kenderaan itu, baru-baru ini.

Toyota 86
Difahamkan kenderaan yang menggunakan pacuan belakang itu bakal dilancarkan di Malaysia pada pertengahan tahun ini. 

Jentera yang menggunakan enjin 2.0 liter dikatakan mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 147 Kw. 


Ia ditawarkan dengan dua transmisi iaitu manual dan automatik dijual pada harga masing-masing RM243,000 dan RM249,000.



Model berkenaan boleh didapati dalam enam warna pilihan iaitu Crystal Black Silica, Sterling Silver Black, Lightning Red, Galaxy Blue Silica, Orange Metallic, serta Satin White Pearl.



Toyota 86 yang menerapkan bentuk coupe dua pintu itu dibangunkan bersama dua pengeluar automotif terkemuka Jepun, Toyota dan Subaru. 

Jentera yang mempunyai empat tempat duduk itu mula diperkenalkan di Pameran Motor Tokyo, akhir tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!