CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 24 April 2012

Polo Sedan | Volkswagen Passat CC R-Line

POLO SEDAN..........


Volkswagen Passat CC R-Line lebih menonjol dan berbeza terutama dalam menawarkan pemanduan yang dinamik serta memberi prestasi enjin terbaik dalam kelasnya.

 Volkswagen Passat CC R-Line
Dari bentuk fizikal, tidak banyak berbeza dengan Volkswagen Passat CC cuma ia dipadankan dengan rim aloi lebih besar sedikit.



Bagaimanapun, logo ‘R’ tertera pada bahagian sisinya ternyata memberi impak untuk membezakannya apabila ia menggunakan ‘jantung’ bersesaran lebih besar yang terselindung di bawah bonetnya .


Kuasa yang dijanakan enjin V6 berkapasiti 3.6 liter itu memberi prestasi mengagumkan apabila ia menghamburkan kuasa maksimum sehingga 300 PS.



Selain itu, kuasa pecutannya antara tahap pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya mencatat 5.6 saat dan dikatakan mampu memecut sehingga 250 km/j dengan mudah.


Sterengnya berbentuk seperti huruf ‘D’ memberi keselesaan dan memudahkan mengawal kenderaan ini.


Malah, kerusi balutan kulit berbentuk ‘bucket’ memberi kedudukan stabil seolah-olah melekat padanya ketika berada di selekoh pada kelajuan tinggi.

Sistem suspensi yang mempunyai dua mod iaitu Selesa dan Sport boleh ditukar dengan menggunakan butang bersebelahan tombol gearnya, sekali gus menawarkan pemanduan lebih menyeronokkan.

Kuasa enjinnya tidak menghampakan bagi mereka yang mahukan pemanduan agresif kerana ia bertindak balas dengan cepat untuk menunjukkan jarum meter mencapai kepada tiga angka.

Bagi yang mahukan lebih kuasa pecutan, transmisinya juga boleh ditukar secara manual dengan menggunakan pedal belakang stereng atau menggunakan tombol gear.

Namun, perlulah berhati-hati supaya tidak membahayakan pengguna laluan lintas yang lain.

Kombinasi material premium dalam ruang kabinnya memberi daya tarikan yang menarik sebaik saja penulis membuka pintu tanpa bingkainya.

Stereng pelbagai fungsi yang dibaluti kulit tampak sporty dan elegan serta tempat duduk penumpang memberi keselesaan sepanjang menyusuri lebuh raya.

Sistem audionya juga tampak berbeza kerana mengeluarkan bunyi yang mengasyikkan dan mampu mengisi kebosanan sepanjang empat hari penulis menguji model ini.

Sementara itu, bentuk luarannya yang sporty dan sedikit rendah mampu mengurangkan rintangan angin, sekali gus memberi kestabilan ketika pemanduan. 

Garisan pada sisi badannya dengan kombinasi bumbung warna hitam membuatkannya tampak garang ketika menyusuri di lebuh raya.

Rim aloinya berbentuk sporty berdimensi 18 inci tampak bergaya membuatkannya sedikit tegap untuk membezakan dengan Volkswagen Passat CC sebelum ini.

Bagi ciri keselamatannya, ia dilengkapi dengan sistem teknologi terkini seperti pacuan semua roda ‘4Motion’, Sistem Kawalan Tarikan (TCS), Kawalan Casis Mudah Suai (DCC) dan Sistem Brek Antikunci (ABS) serta Pengagihan Tekanan Brek Elektronik (EBD).



VOLKSWAGEN PASSAT CC R-LINE

ENJIN: kapasiti 3.6 liter V6.

KUASA MAKSIMUM: 
300 Ps pada 6,600 rpm

TORK MAKSIMUM: 
350 Nm antara 2,400 hingga 5,300 rpm.

TRANSMISI: 
Enam kelajuan kotak gear pertukaran terus (DSG)

CIRI-CIRI KESELAMATAN: 
Pacuan semua roda ‘4Motion’, TCS, DCC, ABS serta EBD.

HARGA:
RM373,888

TAYAR YANG DICADANGKAN


Corak: ContiSportContact 3


Saiz tayar yang dicadangkan:
235/40 ZR18 95Y



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!