CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 10 April 2012

Toyota Avanza Baru | Lebih Hebat

Toyota Avanza

GENERASI kedua kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Avanza tampil anggun dengan wajah baru tetapi masih mengekalkan reka bentuk praktikal serta dinamik.

MPV kompak itu bakal memenuhi kriteria sebuah keluarga dan sesuai untuk kegunaan seharian atau beriadah di hujung minggu.

Bagi model terbaru ini, ia diserapkan ciri terkini termasuk bonet hadapannya tampak lebih luas dengan kombinasi tiga dimensi bagi mewujudkan imej keteguhan.


Kemasan jeriji melengkapkan lagi gaya sporty selain lampu belakang dan hadapan disuntik rekaan terbaru bagi memantapkan imej MPV berkenaan.



Walaupun bentuknya masih kelihatan seperti model terdahulu, ia tampak sedikit berbeza apabila rekaan lingkungan pada roda kelihatan lebar sekali gus untuk memberi kestabilan pemanduan.


Model yang dilancarkan UMW Toyota Motor baru-baru ini turut dikemas kini dengan lampu kabus dan cermin sisi dilengkapi lampu isyarat selain padanan spoiler belakang untuk tampak sporty.


Ruang kabin kombinasi warna gelap menyerlahkan rekaannya untuk tampak premium selain mampu menutup kotoran akibat tumpahan minuman atau makanan.

Papan pemuka dengan butang audio dan penyaman udara yang tersusun kemas dan tampak moden serta mudah dicapai supaya tidak mengganggu tumpuan ketika memandu.

Panel meternya juga tampil rekaan terbaru dengan latar belakang hitam dan merah sekali gus memberi pencahayaan yang menarik terutama pada waktu malam.

Sistem penyaman udara yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadapan dan belakang turut menawarkan keselesaan kepada penumpang ketika cuaca terik.

Apa yang lebih membanggakan apabila kenderaan ini mempunyai banyak ‘poket’ simpanan pada keempat-empat panel pintu untuk memudahkan meletak bekas atau botol minuman.

Kerusi barisan kedua yang boleh diubah ke hadapan atau ke belakang memberi ruang optimum bagi tempat duduk paling belakang.

Selain itu, kerusi barisan kedua dan ketiga yang boleh dilipat secara mendatar memudahkan untuk memunggah barangan besar atau panjang.

Pengendaliannya juga tidak ubah seperti memandu kenderaan sedan biasa apabila sistem suspensi hadapannya menggunakan topang MacPherson dengan penstabilan manakala empat rangkai ‘rod lateral’ bagi bahagian belakang.

Kedua-dua sistem itu memberi kelebihan untuk pemanduan selesa sama ada di lebuh raya atau di laluan berselekoh.

Sistem stereng kuasa elektriknya membuatkan tidak perlu menggunakan banyak tenaga serta mudah membuat pusingan di laluan sempit sekali gus memberi kelebihan kepada MPV kompak ini.

Malah, tempat duduk pemandu yang sedikit tinggi memberi pemandangan menyeluruh ketika pemanduan.

Sementara itu, enjin baru mengikut piawai Euro 4 bersesaran 1,495 cc memberi sesuatu yang berbeza kerana jimat minyak dan pengeluaran asap lebih rendah.

Selain itu, kedapan bunyinya sangat membanggakan berbanding model terdahulu kerana ia dilengkapi bahan penebat pada ruang lantai dan kerangkanya untuk mengurangkan bunyi bising putaran enjin serta getaran dalam ruang kabin.


SPESIFIKASI


ENJIN 
berseseran 1,495cc, empat silinder DOHC dengan 16 injap, ‘chain drive’ dengan VVT-i 

KUASA MAKSIMUM
103ps pada 6,000rpm 

TORK MAKSIMUM 
136Nm pada 4,400rpm 

TRANSMISI 
Automatik empat kelajuan

CIRI-CIRI KESELAMATAN
ABS dengan EBD, beg udara pemandu dan penumpang serta pengesan undur. 

HARGA
RM79,590 atas jalan termasuk insurans.


TAYAR YANG DICADANGKAN

Corak: ContiComfortContact CC5

Saiz tayar yang dicadangkan:
185/65 R15 88H



Gambar-gambar Toyota Avanza










4 ulasan:

  1. Boleh la bro order satu nnti..nnti leh pinjam nk gi PJ nih..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau g kat pengedar toyota...kau cakap nama aku..nanti dia bagi pinjam..

      Padam
    2. haha .. nice la kereta ni ..

      #btw nak tanya, mana nak buat "senarai blog saya" tuh just show 5 list sahaja ya? mintak tunjuk ajar .. :D

      Padam
  2. perbezaan bahagian depan n belakang lebih ketara n cantiklah

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!