CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 10 April 2012

Mengagumkan | Ducati Streetfighter 848

DUCATI STREETFIGHTER 848


SEBUT saja Ducati, pasti ramai tahu motosikal berkuasa tinggi itu mempunyai karakter tersendiri terutamanya ekzos mengeluarkan bunyi ‘garau’ apabila enjin dihidupkan.

Next Bike Sdn Bhd (Next Bike), anak syarikat Kumpulan Naza adalah pengedar rasmi motosikal Ducati di negara ini.



Malah, pelancaran model terbarunya, Ducati Streetfighter 848 baru-baru ini merancakkan lagi pasaran bagi segmen motosikal berkuasa tinggi di negara ini.


Motosikal kategori ‘naked’ itu menggunakan enjin Testastretta 11 dengan kuasa 849 cc.



Enjin yang dilengkapi empat injap setiap silinder Desmodromic itu menjanakan prestasi sehingga 132 kuasa kuda (hp) dengan 93.5 Nm bagi kuasa kilas.


Motosikal yang menggunakan transmisi enam kelajuan dengan padanan klac basah berbilang plat dengan kawalan hidraulik itu dijual pada harga RM99,333.


>Spesifikasi


Enjin: bersesaran 849 cc, L-Twin silinder, 4 injap setiap silinder Desmodromic, penyejuk cecair.

Nisbah mampatan: 13.2.1
Kuasa maksimum: 132 hp pada 10,000 rpm.
Kuasa kilas: 93.5 Nm pada 9,500 rpm.
Suntikan bahan api: elektronik suntikan bahan api Marelli.
Kotak gear: enam kelajuan
Klac: klac basah berbilang plat dengan kawalan hidraulik
Kapasiti tangki minyak: 16.5 liter.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!