CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 9 April 2012

Keputusan Bintang Paling Popular 2011

Aaron Aziz dinobatkan Bintang Paling Popular 2011

Keputusan Bintang Paling Popular 2011
Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.

Pelakon kacak kelahiran Singapura itu mencatat kemenangan berganda malam tadi apabila mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Aaron terpaksa akur di tangan Fizz Fairuz menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Kemenangan Aaron membolehkannya membawa pulang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.





SENARAI PEMENANG ABPBH 2011 

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
Seperti sebelumnya, ABPBH tidak pernah melupakan perjuangan insan seni terdahulu dan kali ini Datuk Sheila Majid dipilih sebagai penerima, Anugerah Artis Sepanjang Hayat.



Satu lagi anugerah khas yang baru diwujudkan tahun ini bersempena ulang tahun Jubli Perak (25 tahun) ABPBH iaitu Anugerah Seri Perak, yang menghimpunkan kembali bekas Bintang Paling Popular bermula 1990 hingga 2010, menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dinobatkan pemenang.

2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!