KENDERAAN jenis hibrid kian mendapat tempat di negara ini kerana ia menjimatkan minyak dan kurang pembebasan asap.
Pengecualian cukai penuh duti import dan eksais yang dilanjutkan tahun ini turut menjadi pemangkin model hibrid ditawarkan dengan harga berpatutan.
Bagi memeriahkan industri hibrid, Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model terbaru, Honda Jazz Hibrid.
Kereta kompak lima pintu itu adalah sebuah hatchback yang popular di negara ini dengan reka bentuk praktikal dan menawarkan ruang kabin lebih luas.
Model berkenaan hadir bersama enjin 1.3L i-VTEC dengan sistem Hibrid Bantuan Bersepadu Motor (IMA).
“Ia juga disasarkan kepada golongan profesional muda yang tahu menilai teknologi terkini termasuk reka bentuk futuristik selain menjimatkan minyak,” 'Honda Jazz Hibrid'
Ia ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu hijau, perak, merah, hitam dan putih serta dijual pada harga RM94,800 atas jalan termasuk insurans.
>Spesifikasi
HONDA JAZZ HIBRID
ENJIN
1.3 liter i-Vtec dan IMA
KUASA MAKSIMUM
88 PS (enjin) dan 14 PS (motor elektrik)
TORK MAKSIMUM
121 Nm (enjin) dan 8 Nm (motor elektrik)
TRANSMISI
CVT
CIRI-CIRI KESELAMATAN
Beg udara, ABS, VSA, EDB dan BA
cute betol kereta ni..
BalasPadamharga pun cute gak..haha
NANTI LEH LAH BELI...UDINZ
BalasPadam