CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 30 April 2012

Tergempar | Zizan Raja Lawak Sakit







Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot. 

Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut. 

“Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. “Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot.

“Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil,” ujarnya. Dalam pada itu, Marina berkata, doktor telah menasihatkan supaya Zizan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja. “Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih,” katanya. 

Kepada Zizan harap anda berehat secukupnya agar segera sembuh dari penyakit.



1 ulasan:

  1. KESIAN NYE ABANG ZIZAN ......SYE DOAKN SEMGA ABG ZIZAN CEPAT SEMBUH DAN KEMBALI BUAT LAWAK UTK MENCURI HATI KAMI NIE......AMIN....<3
    KUAT KN SEMANGAD ABG ZIZAN SPAYE CPAT SEMBUH!!!
    I <3 YOU ABANG MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK!!!
    IKHLAS DARI SAYE
    NUR LIYANA FILZAH BINTI OMAR:)

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!