Semalam di hujung minggu....aku keluar rumah dalam kul 3 lebih..mula-mula pi basuh kereta dulu di tempat yang biasa aku cuci, bukan apa sebab nanti dah 6 kali cuci dapat free sekali. Harga standard lah RM 8.00 kat mana-mana pun sama.
Dah selesai mencuci aku bawak anak aku yang umur 3 tahun pergi salon rambut pulak.. Ingat nak potong rambut dia, yang tak serupa rambut tuh...sebab atuk dia potong tak rata...hehehehee....macam mana nak rata kalau cucunya tak reti nak duduk diam.
Sampai jerk kat salon tuh ada lah amoi nie cakap...kalo nak rebonding rambut kena cuci rambut dulu sebab banyak minyak kat rambutnya.
Aku pun satu...g letak minyak rambut sapa lah suruh, kalo dah tahu nak pergi kedai potong rambut.
Mula lah amoi tuh potong rabut dia, mingikut kemahuan ibunya..selesai jerk memotong rambut.. kena cuci rambut plak...mula-mula terkejut dia, sebab kena dengan air sejuk...ibu dia cakap lah gan amoi tuh..kena guna air panas...baru dia ok.
Dah siap cuci rambut...kena lah keringkan rambut pulak. Kena dengan hairdryer terus leher dia hilang jadi macam kura-kura pulak, geli katanya...hehehehe macam-macam.
Selesai sahaja semua tu...barulah aktiviti akhir membuat rebonding. Kira lama jugak lah nak selesai membuat rambut anak aku nie.sampai boleh nak tertido pulak dia.
Nak tahu kos potong rambut dia....RM 25.00 mengalahkan ibu dan ayah dia jerk....
Akhirnya selesai suda...lepas tuh barulah kami sekeluarga pergi bershopping plak kat jusco.....
Itu lah sikit sebanyak aktiviti aku di masa cuti berjalan dengan anak dan isteri tercinta.
Sekian.......
seronok ada keluarga :)
BalasPadamhehehe.....tuh lah...memang seronok
Padamok, tq
BalasPadam