CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 24 September 2011

Manchester United 5 Kemenangan Dengan 21 Gol

MUSIM baru Liga Perdana Inggeris (EPL) baru saja memasuki perlawanan kelima tetapi Manchester United sudah mencetus satu fenomena baru.
Manchester United

Lima kemenangan dicipta dengan jumlah jaringan besar iaitu 21 gol, satu permulaan garang dan mengejutkan buat peminat setia kelab tersebut kerana Manchester United biasanya sering bermula lembap pada awal musim.


Siapa boleh lupa aksi hebat Manchester United membaham Arsenal 8-2 pada 28 Ogos lalu? Kekalahan terburuk dalam tempoh 125 tahun sepanjang penubuhan Gunners dan United.

Keputusan tersebut mengejutkan ramai pemerhati bola sepak walaupun Arsenal pada masa itu tidak dapat menurunkan ramai pemain utama.

Bermula dengan menang tipis 2-1 ke atas West Brom, itu pun ihsan gol sendiri Steven Reid di minit ke-81. Namun, Red Devils bagaikan dirasuk bermula dari perlawanan kedua.

Selepas membenam Tottenham 3-0, mereka menang besar 8-2 ke atas Arsenal, diikuti membelasah Bolton 5-0 di Stadium Reebok. Kemenangan terbaru adalah menewaskan pencabar utama liga, Chelsea 3-1 pada 18 Septemberlalu.

Kali terakhir Manchester United (MU) memulakan musim dengan hebat adalah pada 1985 di bawah kendalian Ron Atkinson apabila menang 10 perlawanan pertama. Namun, mereka dipintas oleh Liverpool selepas memasuki separuh saingan.


Apa rahsia kejayaan Manchester United (MU) yang amat garang pada awal musim ini? Jika ditanya kebanyakan peminat setia mereka, sudah tentu ramai yang merujuk kepada Wayne Rooney yang kembali menemui sentuhan pemusnah dalam semua perlawanan.

Hanya selepas lima perlawanan, Rooney sudah menyumbat sembilan gol, permulaan cemerlang yang tidak dijangkakan.

Namun, berdasarkan statistik, rekod jaringan menakjubkan Rooney sebenarnya dibantu oleh kehadiran bintang baru dari Aston Villa, Ashley Young, selain sayap Portugal, Nani.

Young yang semakin mengukuhkan kedudukan dalam skuad England mempunyai chemistry yang baik dengan Rooney dan tahu apa yang diperlukan oleh anak emas Ferguson itu.

Mengikut statistik awal musim EPL, Young merupakan pemain paling banyak melakukan hantaran dan membantu rakan mencipta jaringan (lima), diikuti Nani tiga.

Tidak dinafikan, Young adalah permata baru Manchester United (MU) dan pembelian paling berbaloi Ferguson jika aksi sepanjang Ogos dan September dijadikan penilaian. Kehadirannya di Old Trafford nyata menceriakan Rooney.

Nama lain yang turut membawa perbezaan besar dalam skuad Manchester United (MU) musim ini adalah pemain muda seperti Phil Jones, Chris Smalling, Tom Cleverly, selain Danny Welbeck.


1 ulasan:

  1. Musim 2011/2012 nih manchester utd ngan city jelah dominasi EPL..huhu

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!