CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Ahad, 25 September 2011

Logo Halal Baru | JAKIM Seragamkan Logo Halal Di Malaysia

Jakim seragam logo Halal 




Hanya logo Halal Malaysia dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja boleh digunakan pada produk makanan, farmaseutikal dan barangan kulit di negara ini, mulai tahun depan. 


Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata, langkah itu bagi memudahkan pihak berkuasa memantau semua produk digunakan umat Islam. 



Logo baru itu dapat mengikis keraguan dalam kalangan umat Islam di negara ini berhubung pelbagai logo halal digunakan, termasuk dikeluarkan pihak swasta. 



“Selain itu, kita dapat memastikan tiada kegiatan penyalahgunaan logo halal oleh pihak tertentu,” katanya selepas merasmikan Seminar Wahyu Asas Tamadun di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di sini, kelmarin. 



Menurut Othman, penggunaan logo Halal Malaysia itu adalah mengikuti Akta Perihal Dagangan 2011 dan mana-mana pertubuhan yang mengeluarkan sijil pengesahan halal sebelum ini tidak akan dibenarkan berbuat demikian. 



Dalam perkembangan sama, kata beliau, Jakim mengiktiraf sijil dan logo halal dikeluarkan 52 pertubuhan dari 23 negara yang memasarkan produk ke negara ini. 



“Penggunaan logo halal berkenaan di negara ini dikekalkan selepas Jakim mengesahkan semua maklumat termasuk bahan digunakan dalam produk,” katanya.

5 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!