CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 26 September 2011

2 Model ‘Scrambler’ Demak Berada Dipasaran

PROMOSI...barisan model motosikal lasak keluaran Demak di Karnival Gegaria Harian Metro di Ipoh, Perak, semalam.
PROMOSI...barisan model motosikal lasak keluaran Demak



DNC Asiatic Holding Sdn Bhd, pembuat motosikal Demak di negara ini bakal memperkenalkan dua model ‘scrambler’ ke pasaran menjelang akhir tahun ini bagi memenuhi kehendak peminat segmen motosikal lasak yang semakin meningkat.


Dua model berkuasa 200 dan 250cc yang dijangka dipasarkan pada harga sekitar RM8,000 dan RM9,000 itu melengkapkan rangkaian variasi sedia ada iaitu DMX-R dan DTM 150 masing-masing berkuasa 150cc.


Pengurus Besar Kumpulannya, Lim Boo Hiong berkata, berbanding kategori motosikalnya yang lain termasuk moped, kapcai, skuter dan ‘street bike’, segmen motosikal lasaknya menyumbang kira-kira 30 peratus kepada pendapatan syarikat.



Beliau berkata, pihaknya menerima sambutan memberangsangkan daripada peminat motosikal berkenaan selain turut disokong harga yang lebih murah berbanding pesaing lain.


Harga dua model iaitu DMX-R dan DTM 150 kini dipasarkan pada harga sekitar RM6,000 iaitu 30 peratus jauh lebih murah berbanding jenama lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!