CIMB, Facebook jalin kerjasama
CIMB Bank Bhd. (CIMB Bank) telah bekerjasama dengan Facebook untuk menawarkan Promosi Daftar Masuk (Check-in Deals).
Ia merupakan kerjasama pertama seumpamanya di Malaysia.
Pemegang kad kredit CIMB Bank dan kad kredit Direct Access yang mendaftar masuk di mana-mana 'CIMB-San Francisco Coffee' dengan pelekat promosi berwarna kuning akan dapat menikmati minuman dan coklat percuma dengan pembelian di situ.
Terdapat 16 cawangan San Francisco Coffee di seluruh negara dengan kebanyakannya terletak di lokasi strategik dan pusat perniagaan.
Ketua Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan, Effendy Shahul Hamid berkata, media sosial merupakan fokus kepada mereka dan berpuas hati dengan kerjasama Facebook untuk membawa inovasi itu kepada pelanggan.
''Kehendak pelanggan sering berubah dan ia penting untuk kami berkembang dalam penawaran selari dengan itu, membawa produk terbaik dan relevan ke dalam pasaran,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Komersial Asia Facebook, Stephen Dolan berkata, dunia telah menjadi sosial dan bekerja dengan jenama CIMB merupakan satu penghargaan.
''Facebook komited untuk berkembang di pasaran Malaysia dan kerjasama dengan CIMB membolehkan kami melancarkan Promosi Check-In pertama di negara ini,'' jelasnya.
Facebook Places membolehkan pengguna untuk berkongsi lokasi semasa dengan rangkaiannya melalui Facebook dengan peralatan mudah alih dalam beberapa langkah mudah.
Promosi Daftar Masuk CIMB-San Francisco Coffee ditawarkan sekali bagi setiap pengguna dalam tempoh 24 jam sehingga 5 Oktober ini.
tak de kad kredit nih bahaya weiii
BalasPadammacam2 cara diaorang promote
BalasPadam