CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 14 September 2011

Biskut Munchys Tidak Halal...????

 Penyebaran SMS Palsu Berkaitan Biskut Munchys.  

Ini maklumat dari wall facebook yang di dapati oleh cik Azizah....
BERITA TERKINI: JAKIM telah membuat serbuan ke atas KILANG MUNCHYS di BATU PAHAT. JOHOR.
dan menemui sebuah stor ARAK. BOSS kilang terbabit mengakui bahawa ARAK tersebut akan dicampur kedalam biskut yang diprosesnya itu.. minta disebarkan kepada umat islam yg lain... Yang mengesahkan : PEGAWAI JAKIM PUTRAJAYA ( TUAN HAJI JALIL BIN RAIHAN )  Sumber : CIK AZIZAH


Kenyataan Media Oleh Berkenaan Penyebaran SMS Palsu Berkaitan Biskut Munchys
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".
2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.

7 ulasan:

  1. mak saya kerja kat situ, prose pembuatan semuanya 100% org islam, diorg tau apa bahan2 yg digunakan.. ramai pekerja marah bila dpt tau penyebaran fitnah ni.. hurmm.. xfaham la..

    BalasPadam
  2. sy baru je dpt sms ni tadi...

    so mane yer yg soheh ... hmm ...

    BalasPadam
  3. biskut ni la yg plg sedap n mnjd pilihan ..asyik nk sabotaj je...

    BalasPadam
  4. tah la kan..tak baik betol fitnah biskut munchys tu..nasib baik JAKIM cepat amik tindakan!

    BalasPadam
  5. Tak paham kot ape yang sebenarnya. Grrrr -,-

    BalasPadam
  6. niena....yup SMS palsu semata2 nak menjatuhkan jenama Munchys
    mizz..sabar lah semua ada sebab kenapa boleh terjadi.
    ummi...jgn percaya dgn SMS tu
    Zira...yup memag sedap biskut munchys
    Cik Azizah....benar tu, Jakim pun sama terbaik dalam menyampaikan berita
    Mak Nenek...sabar2, jgn mara

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!