CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 12 Julai 2011

Hina Lagu Negaraku : Penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT)...????

Assalammualaikum.......
Negaraku
Pelajar Universiti Malaysia Terengganu menghina lagu Negaraku....????

Facebook Mohd Farizal

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan universiti jika benar penuntutnya terlibat mengubah lirik lagu Negaraku dengan menghina raja dan Perdana Menteri dalam laman sosial Facebook. 



Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Dr Yahaya Ibrahim menyifatkan perkara itu sebagai serius berkata, pihaknya membuat laporan polis, kelmarin supaya perkara itu disiasat. 




“Laporan polis sudah dibuat pendaftar semalam (kelmarin) di Balai Polis Gong Badak dan hari ini (semalam), pendaftar akan pergi ke balai polis untuk memberi keterangan mengenainya,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Simposium Tahunan Antarabangsa Ke-10 Universiti Malaysia Terengganu, di sini, semalam. 




Individu yang menggunakan nama profil Mohd Farizal dengan status pendidikan sebagai penuntut UMT (kelas 2007) telah mengubah lirik lagu Negaraku dalam laman sosialnya dengan menghina raja, mencerca dan mempersendakan lagu tersebut, selain turut menghina Perdana Menteri dalam komentar yang dibalasnya berhubung lagu kebangsaan itu. 




Mengulas lanjut, Dr Yahaya berkata, pihaknya belum pasti sama ada benar individu tersebut adalah penuntut UMT memandangkan hasil semakan dalam pendaftaran pelajar yang menuntut di kampus tersebut menunjukkan bahawa nama individu terbabit tidak wujud. 




“Kita tidak tahu sama ada nama yang kita cari itu tidak menggunakan ejaan nama sebenar menyebabkan namanya tiada dalam sistem atau memang dia sudah ‘grade’ atau menyamar penuntut UMT,” katanya. 




:Katanya, jika benar terbukti individu tersebut adalah penuntut UMT, pihaknya akan merujuk kepada Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan wajar. 




Dalam masa sama, beliau turut menegaskan perkara tersebut tidak patut berlaku terutama meminda lagu Negaraku dengan perkataan kurang sopan, lebih-lebih lagi oleh seorang penuntut universiti.


Sumber : Sinar Harian


p/s Apa motif pelajar Universiti Malaysia Terengganu menghina lagu Negaraku...?????

4 ulasan:

  1. ala,,nk publisiti murahan la tu,,bkn budak umt tu,,buat malu u aku jer,,org x skolah pon tau hormat ler aku rsa budak tu sewel la,,org sewel x pyh lyn,,lgi dia suka

    BalasPadam
  2. setuju dgn wanacesh...kalau dilayan makin die seronok... (^_^)V

    BalasPadam
  3. Gnie...sya pun sokong dgn pendapat anda

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!