CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 12 Julai 2011

Kenali Kenderaan Recond : Kenderaan recond ada kelebihan

Assalammualaikum.............

Kereta Recon



EKONOMI negara yang semakin berkembang dari tahun ke tahun turut menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap pelbagai produk.



Antaranya ialah sektor automotif dalam bidang perindustrian. Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, rakyat negara ini mempunyai bermacam-macam model untuk dipilih sesuai dengan cita rasa dan kemampuan.

Sudah tentu kereta nasional seperti Proton, Perodua dan Naza mendahului senarai dari segi jumlah jualan.

Namun, itu tidak bermakna kereta-kereta import sama ada yang dipasangkan di negara ini (CKD) atau unit diimport sepenuhnya (CBU), kurang permintaannya.

Tetapi ada satu lagi kategori kereta import yang digemari rakyat negara ini terutama yang membabitkan jenama mewah. Ia dikenali sebagai kereta recond, iaitu kereta terpakai di luar negara terutama Jepun dan Eropah yang telah dibaik pulih dan diimport untuk pasaran negara ini.

Tiga model yang paling digemari di negara ini adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran Toyota dari model Estima, Alphard dan Vellfire. Ia diminati kerana kapasiti kabin yang luas untuk kemudahan pejabat dan keluarga.

Model itu katanya, merupakan yang mendapat permintaan tinggi selain jenama-jenama mewah lain termasuk Mercedes, BMW, Lexus, Mazda, Honda, Hummer dan sebagainya.

Kelebihan kereta recond terutama dari jenama mewah ialah harganya lebih rendah berbanding kereta baru.

Mengenai persepsi negatif terhadap kereta recond, para pembeli tidak perlu bimbang kerana syarikat yang bertanggungjawab selalunya akan memastikan hanya membawa masuk kenderaan yang berada dalam keadaan terbaik.

"Bagi setiap kenderaan yang dibawa masuk dari Jepun, kita akan pastikan setiap unit melalui pemeriksaan yang teliti dan mempunyai sijil pengiktirafan dari negara itu.

"Pembeli juga tidak perlu bimbang mengenai pengubahsuaian yang dilakukan kerana kelulusan dibuat mengikut kesesuaian dan undang-undang di negara ini,"

Selain itu katanya, tiga penyelenggaraan asas akan dilakukan ke atas kenderaan terbabit sebelum diserahkan kepada pelanggan.

"Tiga penyelenggaraan itu ialah penukaran pad brek, minyak enjin dan minyak kotak gear," 

Selain itu, kenderaan tersebut juga tetap ada jaminan tersendiri.

Jaminan terakhir bagi setiap kenderaan recond yang diguna pakai di Jepun antara tempoh satu hingga lima tahun (maksimum) bagi pembelian selama enam bulan.

"Harga bagi setiap unit kereta recond ditetapkan mengikut usia, spesifikasi dan aksesori. Untuk mendapatkan aksesori tertentu dari Jepun, pelanggan boleh berbincang dengan jurujual," 

Tetapi yang nyata, kereta recond tetap mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.


Sumber : UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!