CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 13 Julai 2011

Semak Nama Ke Program PLKN : Orang ramai diminta semak semula laman web PLKN

Assalammualaikum....


Orang ramai diminta semak semula laman web PLKN

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)

Mereka yang ingin menyemak Pemilihan Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerusi laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) diminta berbuat demikian selepas 12 tengah malam.


Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan berkata saranan itu bagi mengurangkan kesesakan trafik waktu puncak yang kini dialami laman web tersebut sejak dibuka untuk semakan PLKN semalam.


"Capaian yang terlalu tinggi pada satu-satu masa ini terutama waktu puncak ke atas server jabatan mengakibatkan server terpaksa membatalkan sebarang capaian baru sehingga sesi sedia ada dimatikan," kata kenyataan itu.



Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) juga berkata laman web itu merekodkan capaian yang tinggi sebanyak 47,762 capaian semalam dengan status semakan sebanyak 56,430.


Bagi mengatasi masalah itu, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) juga menyediakan laman web baru iaitu www.khidmatnegara.gov.my, namun masalah kesesakan tetap berlaku.



Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berkata semakan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga menghadapi masalah serupa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!