CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 23 Mac 2013

model edisi terhad Peugeot 308 Griffe


Jentera itu dilengkapi pelbagai komponen khas untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan lebih sporty.
Set lampu utama bi-xenon yang boleh dilaras secara automatik itu kini diletak dalam perumah berwarna gelap.
Gril hadapannya berwarna krom. Sementara lampu DRL LED ditempatkan pada bahagian perumah lampu kabus. Pembaharuan lain melibatkan kit badan gentian karbon.

Bumbung panoramik yang didatangkan bersama spoiler Peugeot GTi menjadikannya semakin eksklusif. Tambahan baharu turut melibatkan rim aloi berukuran 17 inci.
Buka sahaja pintu, perkara pertama yang dikesan ialah kerusi jenis semi bucket. Stereng sport 308 Griffe kini dibalut kulit berserta jahitan benang merah. Kemasan sama dilakukan pada tombol gear, brek dan perehat tangan. Lantai kereta itu juga dilapik dengan karpet khas.
Pencahayaan putih menerangi instrumen meter dan butang dail kenderaan. Bagi meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang, Griffe dipasang pendingin hawa automatik dua zon. Selain corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang.
Jentera ity dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter turbo tekanan tinggi bersama transmisi automatik enam kelajuan tiptronik. Bahan api disalurkan menerusi sistem pancitan terus membolehkan kereta itu mencatat kuasa sehingga 156hp dan tork setinggi 240Nm.
Ciri keselamatan yang ada pada Griffe ialah enam beg udara, ESP, ABS, EBD, EBA dan DCS. Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu putih, kelabu dan merah.
Griffe ditawarkan pada harga atas jalan RM132,888 seunit dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!