CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 15 Mac 2013

Kisah Lahad Datu

Seorang guru telah ditangkap atas kesalahan menghina anggota keselamatan di Lahad Datu.

Negara telah kehilangan 10 angota keselamatan di Lahad Ladu semasa op daulat 

Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Op Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat sini, terus diperhebat.

Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16.
 Op Daulat kini di penghujung semakin jelas, dan ketibaan helikopter jenis peninjau serta pengangkut menggunakan enjin berkembar itu akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada dalam usaha menggempur pengganas sejakpencerobohan dikesan 12 Februari lepas.
Ketibaan pesawat itu bakal disertai 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia secara berperingkat.

"Langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh negara ini sama ada di laut dan darat,"
katanya.

Berikutan gerakan ofensif yang makin diperhebat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbarnya petang tadi sekali lagi mengingatkan orang
ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Op Daulat bagi menjamin kelancaran serta kejayaan operasi itu.

Beliau berkata, sekatan jalan raya berterusan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki yang didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai
dan tiga bilah parang.

"Lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat," katanya tanpa menjelaskan sama ada lelaki itu
warga tempatan atau rakyat asing.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.
Pasukan keselamatan turut menahan 97 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu manakala 156 orang lagi ditahan kerana berada dalam
kawasan larangan.

Dalam pada itu, Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada
pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika dilaksana, penubuhan itu antara lain bertujuan mengenal pasti motif sebenar pencerobohan, termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan serta kedaulatan negara.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini, dan siapa yang membiayai atau merancang perkara menyentuh kepada keselamatan nasional,"
katanya pada sidang akhbar di Sandakan semalam.

Hishammuddin, yang meninjau beberapa lokasi yang terlibat dengan insiden pencerobohan, turut memaklumkan secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Sabah
bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat. - Bernama


1 ulasan:

  1. moga sabah kembali aman...dah lama kathy tak balik tawau...rindu dengan mak ayah kat sana..

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!