CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 18 Februari 2013

Kereta Buatan Jepun | MAZDA 6 SKYACTIV

Ciri teknologi canggih yang diperkenalkan pada jentera Mazda iaitu SKYACTIV.
Teknologi SKYACTIV membabitkan aspek pembinaan kereta iaitu enjin, transmisi, kerangka dan casis yang dibangunkan supaya lebih ringan, cekap serta mampu bekerjasama dengan optimum.



Ia membuktikan teknologi SKYACTIV dicipta untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan kenderaan jimat minyak dan mesra alam, tanpa mengabaikan aspek keselamatan, prestasi serta dinamik pemanduan.

Pendekatan konsep ‘KODO’ pada imejnya memberi penampilan serta reka bentuk bergaya, sekali gus membuktikan ia berbeza daripada pengeluar automotif Jepun yang lain.

Rekaan dengan kombinasi garang, terutama pada bahagian depannya, memberi pakej yang lengkap dalam mempamerkan bentuk aerodinamik.

Jalur jeriji krom yang bersambung antara perumah lampu utama depannya tampak unik selain logo Mazda di tengahnya menggambarkan kemegahan sebuah jentera segmen D.

Kenderaan itu menerapkan ciri berbeza dengan pengeluar automotif lain kerana menampilkan susuk tubuh yang mantap jika dipandang bahagian sisinya.

Ini berikutan garisan tepi dari bahagian depan hingga ke belakang tampak sasa, selain bertujuan mengurangkan rintangan angin.

Sebaik menjengah bahagian kabinnya, ruang ditawarkan oleh Mazda 6 sememangnya luas, sama ada untuk penumpang depan atau belakang.

Ciri premium dipadankan pada jentera itu menggambarkan suasana eksklusif dengan penggunaan material kulit di beberapa bahagiannya.

Walaupun sesi pandu uji ini singkat untuk perjalanan kira-kira 300 kilometer, ia cukup untuk penulis membuat kesimpulan bahawa jentera itu ada aura tersendiri.

Sesi pandu uji ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu memandu Mazda 6 dengan enjin SKYACTIV-G 2.0 liter dan SKYACTIV-G 2.5 liter.

Ketika memandu SKYACTIV-G 2.0 liter, penulis teruja dengan kuasa dihamburkan apabila ia menjanakan 153 kuasa kuda (hp) pada 6,000 putaran perminit (rpm).

Kuasanya lebih mantap apabila penulis menukar gear automatik kepada manual dengan menekan pedal minyak sedikit agresif.

Ketika memandu jentera SKYACTIV-G 2.5 liter, kuasanya ditambah kepada 32 hp daripada enjin 2.0, sekali gus memberi keseronokan untuk mendaki laluan berbukit merentasi banjaran Titiwangsa.

Penyampaian kuasanya sangat lancar apabila menggunakan transmisi automatik enam kelajuan SKYACTIV dan ia boleh dirasai apabila penulis menekan pedal minyaknya secara agresif kerana gearnya ditukar pada rpm lebih tinggi dengan cepat.

Jika pemanduan santai, gearnya akan ditukar lebih awal, sekali gus memberi lebih penjimatan bahan api.

Ketika memandu laluan berliku menuruni Bukit mudah mengawal jentera itu walaupun memandu pada kelajuan tinggi.

Kestabilan itu berpunca sistem suspensi depan yang dipadankan dengan topang MacPherson, manakala ‘Multi-Link’ di bahagian belakangnya.

Bagi menguji kelajuan maksimum, kedua-dua model itu boleh memecut melebihi 180 kilometer sejam (km/j) dengan mudah.

Model itu menyerlah apabila enjin yang dipadankan teknologi terbaru menggunakan petrol Ron 95.



Harga bagi kenderaan itu belum diumumkan, tetapi desas desus ia dianggarkan dijual RM150,000 bagi SKYACTIV-G 2.0, manakala SKYACTIV-G 2.5, RM180,000. MAZDA 6 SKYACTIV:


ENJIN: SKYACTIV-G 2.0, SKYACTIV-G 2.5, empat silinder sebaris, DOHC, 16 injap
KUASA MAKSIMUM: 153hp pada 6,000rpm (2.0), 185hp pada 5,700rpm (2.5)
TORK MAKSIMUM: 200Nm pada 4,000rpm (2.0), 250Nm pada 3,250rpm (2.5)
TRANSMISI: automatik enam kelajuan SKYACTIV-Drive 

CIRI KESELAMATAN: enam beg udara, bantuan pertukaran lorong, kunci pintar, bantuan menaiki bukit (HLA) dan Sistem Anti Brek (ABS).

CIRI LAIN: Sistem Penjanaan Semula Kuasa Brek, i-stop (enjin dimatikan ketika berhenti), Sistem Brek Pintar (SCBS), Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS), pedal penukar gear di stereng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!