CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 18 Februari 2013

Motor | Ducati Monster 795 ABS


DUCATI Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.), anak syarikat Kumpulan Naza baru-baru ini melancarkan satu lagi varian Ducati Monster baharu iaitu 795 ABS ke pasaran tempatan. Produk keluaran kilang di Thailand itu kini dilengkapi sistem brek antikunci (ABS).
Jentera jenama Itali itu menggunakan enjin L-Twin bersesaran 803cc dengan transmisi enam kelajuan. Motosikal yang dilengkapi sistem suntikan bahan api Siemens itu berupaya menghamburkan kuasa sehingga 87hp @ 8,250rpm. Tork puncak yang boleh dicapai adalah 78Nm @ 6,250rpm.
Keupayaan membrek ditingkatkan dengan sistem ABS pada kedua-dua roda jentera. Roda hadapan dipasang dua set brek cakera berukuran 320 milimeter (mm) dan satu cakera berukuran 245mm.

Penggunaan komponen ABS telah menambah berat Monster 795 ABS kepada 169 kilogram (kg). Jika tanpa ABS, beratnya adalah 167kg. Enjin dan spesifikasi pada varian 795 ABS tidak jauh bezanya dengan model 795. Perubahan tertumpu pada sistem brek sahaja.
Ducati Malaysia turut mengumumkan rancangan untuk membawa masuk enam model baharu pada tahun ini. Entiti itu juga mahu melebarkan sayap perniagaannya menerusi pembukaan bilik pameran di wilayah Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.
Harga jualan asas Ducati Monster 795 ABS adalah RM66,888 dengan jaminan selama dua tahun. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web: www.ducati.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!