CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 2 Januari 2013

Filem Pembukaan 2013 : Minyak Dagu

Filem Minyak Dagu.......memang mengerikan...

Minyak Dagu ini...diambil dari tulang dagu wanita mengandung anak pertama yang mati dibunuh. Tulang dagu wanita itu tadi akan dilayurkan berserta dengan bacaan mentera tertentu oleh orang tertentu sahaja. Minyak ini juga dikenali sebagai Raja Segala Minyak kerana khasiatnya yang begitu bagus. Sesiapa yang terkena penangan Minyak Dagu ini (mangsa) bolehlah diibaratkan seperti patung hidup, dimana dia hanya mampu untuk menuruti kata orang yang telah mencalitkan minyak (pemangsa) itu kepada dirinya.

Metrowealth Picture telah menerbitkan Filem yang berkisarkan tentang Minyak Dagu dengan arahan Azhari Zain.

Filem Minyak Dagu

Filem Minyak Dagu ini dibarisi oleh pelakon handalan seperti : 

Fezrul sebagai Azman (Pelakon Utama)
Yana Samsudin sebagai Emelda (Pelakon Utama)
Fizo Omar sebagai Johan (Pelakon Utama)

Kisahnya...............

Minyak Dagu mengisahkan Azman yang berdendam dengan bekas tunangannya Emelda. Disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman sebelum ini demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman.

Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu tersebut, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang.

Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan, Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu, Azman. Tanpa diduga, Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa seorang bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah.

Hal ini menyebabkan Ainon, mak kepada Emelda pula cenderung menuduh Johan sebagai yang menjadi punca kepada sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman yang merasa bersalah lalu datang melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Tonton kesudahan filem ini di Pawagam berhampiran tempat anda.


Pengarah : Azhari Zain
Penerbit : Metrowealth Movies  
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Seram
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 03 Jan 2013 

2 ulasan:

  1. Agaknya mendiang MJ tuh org amik x dagu dia wat minyak..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...tuh untuk tunjuk dagu jer...

      Padam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!