CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 22 September 2012

MPV Kompak Honda Freed


Pengeluar kenderaan Honda telah memperkenalkan MPV kompak ( Hoda Freed ) untuk kegunaan keluarga sederhana besar.

Hoda Freed
Kombinasi jarak bumbung yang tinggi selain rekaan kabin mempunyai laluan terus, memudahkan penumpang bergerak dari tempat duduk hadapan ke belakang dengan mudah.


Lebih mengasyikkan lagi apabila penumpang terutama kanak-kanak boleh menonton kartun digemari melalui pemain DVD bersama skrin di bahagian bumbung.



Kerusi barisan terakhir pula boleh dilipat, sekali gus memberikan ruang luas untuk mengisi beg atau buah tangan yang dibeli sepanjang perjalanan ke pusat peranginan itu.

Ruang kabinnya mempunyai dua barisan kerusi sekali gus membuatkan penumpang
dewasa tidak perlu berhimpit-himpit berbanding kenderaan sedan biasa.

Sementara itu, rekaan MPV ini menampilkan bahagian hadapan berbentuk segi tiga di depan yang aerodinamik manakala segi empat di ruang kabin memberikan keluasan maksimum kepada penumpang. 

Jeriji dan lampu di bahagian hadapan yang dipadankan logo Honda membuatkannya kelihatan garang serta digeruni. 

Kuasa maksimum kenderaan itu di lebuh raya tidak menghampakan kerana kelajuannya boleh melebihi 140 km/j, apatah lagi ia dipadankan enjin 1.5 i-Vtec seperti Honda Jazz. 

MPV kompak premium itu turut diiktiraf dengan enam bintang dalam ujian kemalangan serta dilengkapi Teknologi Kawalan G-Force (G-CON) yang membantu menyebarkan impak kemalangan merentasi rangka badan.

Terkini, Honda Malaysia menawarkan kadar faedah serendah 2.22 peratus kepada pelanggan Honda Freed atau melayari laman sesawang www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.




ENJIN: 1,497cc, empat silinder, 16 injap SOHC i-VTEC 
KUASA MAKSIMUM: 116hp pada 6,600 rpm 
TORK MAKSIMUM: 146Nm pada 4,800 rpm 
TRANSMISI: Automatik lima kelajuan 
CIRI-CIRI KESELAMATAN: Dwi beg udara SRS, ABS, EBD dan BA 
HARGA: Bermula dari RM99,800


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!