CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 22 September 2012

Kereta Terbaik Dari Ford Fucos

Ford Focus


SEPARUH pertama tahun 2012 menyaksikan Ford Focus merekodkan jualan sebanyak 489,616 unit di seluruh dunia. Angka itu meletakkannya sebagai kereta jualan terbaik dunia bagi 2012 setakat ini.
Jika diambil kira statistik jualan generasi pertama Focus sekitar tahun 1998 sehingga kini, sudah ada sebanyak 10 juta unit kereta itu dimiliki para pelanggan di serata dunia.
Nama Ford Focus juga masyhur dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC). Sudah 44 kejuaraan digondolnya. Penyertaan pula sebanyak 173 kali dengan 142 kali berada di atas podium.

Generasi ketiga Focus mula diperkenalkan ke pasaran ASEAN menerusi Bangkok International Motor Show ke-33 di Thailand pada Mac lalu.
Selepas enam bulan menanti, kedua-dua varian Focus iaitu sedan dan hatchback yang dipertontonkan pada pameran itu akhirnya dibawa masuk ke Malaysia oleh pengedar kenderaan Ford, Sime Darby Auto ConneXion Sdn. Bhd. (SDAC).
Bagaimanapun, hanya satu enjin iaitu petrol dengan sistem suntikan terus bersesaran 2.0L DOHC 16V dan transmisi Powershift klac kembar enam kelajuan automatik sahaja ditawarkan.Sebanyak empat versi Ford Focus didatangkan buat pelanggan tempatan. Dua varian untuk model hatchback (Sport dan Sport +) serta sedan (Titanium dan Titanium +).
Enjin petrol Focus baharu menawarkan peningkatan kuasa sebanyak 20 peratus berbanding generasi sebelumnya.
Kereta dalam segmen C itu mampu menghamburkan kuasa sehingga 170PS @ 6,500rpm. Tork maksimum adalah sebanyak 202 @ 4,450rpm. Kelajuan maksimum pula 207 kilometer sejam (km/j) dan menggunakan 6.7 liter bagi setiap jarak pemanduan 100km.
Sebagai ciri standard, semua varian Focus dilengkapi awalan Pemvektoran Tork. Sistem itu akan membrek sedikit pada bahagian tayar sewaktu mengambil selekoh tajam untuk mengurangkan kehilangan kuasa cengkaman dan menstabilkan kawalan. Lazimnya, ciri tersebut hanya ada pada kereta sport mewah.
Selain itu, Sistem Pengatup Gril Aktif membantu mengawal aliran udara secara automatik ke sistem penyejukan dan enjin menerusi kawalan lohong yang boleh dibuka dan ditutup yang ada pada gril. Sistem itu turut berfungsi mengurangkan seretan dan bunyi angin ketika jentera dipandu laju.
Tambahan lain termasuklah sistem pendingin hawa dua zon automatik, butang kawalan audio pada stereng yang dibalut material kulit, skrin paparan pelbagai fungsi berukuran 4.2 inci, butang penghidup enjin, enam beg udara, ISOFIX, sistem kawalan tarikan, ESP, ABS dengan EBD, EBA, Hill Launch Assist dan banyak lagi.
Antara keunikan Focus baharu adalah keupayaannya memasuki petak tempat letak kenderaan secara automatik. Ciri yang dinamakan sebagai Active Park Assist itu menggunakan teknologi ultrasonik untuk mengesan ruang kosong sebelum menggerakkan kereta ke dalamnya.
Selain itu, ciri Active City Stop pula membrek secara automatik apabila mengesan kenderaan di hadapan anda berhenti secara mengejut. Teknologi BLIS (Blind Spot Information System) memaklumkan pemandu jika mengesan kehadiran kenderaan dalam kawasan titik buta (blind spot).
Bagaimanapun, ciri Active Park Assist dan Active City Stop hanya terdapat pada varian Sport + dan Titanium +. BLIS pula didatangkan dalam varian Titanium + sahaja.
Harga atas jalan termasuk insurans bagi varian Sport dan Titanium adalah RM115,888. Untuk Sport + dan Titanium +, ia ditawarkan pada harga RM128,888 seunit.
Jaminan baharu diberikan ialah lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km. Sebelum ini, jaminan hanya selama tiga tahun atau 100,000km sahaja.
Menjelang akhir tahun ini, SDAC bakal memperkenalkan tiga lagi kenderaan baharu untuk pelanggan tempatan. Sama-sama kita nantikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!