CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 14 Julai 2012

Terjawab Sudah....



DILEMA penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman berakhir sudah. Semalam, peledak berbisa negara itu mengesahkan bakal menjalani ujian bersama kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.
Ternyata spekulasi mengenai kualiti permainan liga di Thailand yang lebih terarah kepada aktiviti menjual perlawanan sebelum ini tidak mengganggu keterujaan Rozaimi menimba ilmu di luar negara.

Rozaimi yang bakal membantu skuad Sukan Malaysia (Sukma) menentang Perak pada perlawanan akhir acara bola sepak di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini memberitahu, beliau akan menjalani ujian pemilihan bersama kelab itu selama seminggu.
“Jika berjaya dipilih, saya akan menyarung jersi Tero Sasana.
Nama anak kelahiran Bongawan, Sabah itu tiba-tiba meniti di bibir peminat bola sepak tempatan apabila berjaya meledak 10 gol pada kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!