CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 11 Julai 2012

Jongkong Emas RM2j Untuk Atlit Badminton Olimpik 2012


 jongkong emas bernilai RM2 juta 

JONGKONG emas bernilai RM2 juta. Itu ganjaran yang bakal menanti barisan pemain badminton negara sekiranya mereka berjaya membawa pulang pingat emas daripada temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang akan bermula 27 Julai ini.
Ganjaran tersebut adalah sumbangan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).

Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata, insentif jongkong emas itu adalah sebagai tanda sokongan daripada pihaknya terhadap barisan pemain badminton negara yang bakal menggalas cabaran di bumi London nanti.
Katanya, ganjaran tersebut adalah khusus buat barisan pemain badminton negara sahaja.
“Saya cabar pemain-pemain negara yang beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti untuk berusaha mendapatkan pingat emas.
“Jika berjaya, KLRC menerusi skim hadiah kemenangan kami akan memberikan ganjaran berupa jongkong emas bernilai RM2 juta kepada pemain yang meraih pingat emas.
“Ini semua adalah sokongan KLRC terhadap pemain negara dalam usaha memastikan Malaysia berjaya merealisasikan impian untuk memenangi pingat emas buat kali pertama pada Sukan Olimpik,” kata Andrew.
Andrew berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan ganjaran tersebut di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar.
Ditanya mengapa ganjaran tersebut hanya untuk barisan pemain badminton negara dan tidak kepada atlet-atlet yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012, Andrew berkata: “Saya sangat cintakan sukan badminton.
“Sebab itu, ganjaran ini hanya untuk pemain badminton negara sahaja.”

3 ulasan:

  1. cukup hebat ganjaran utk pemain badminton negara. good luck untuk mereka.

    BalasPadam
  2. yup betul tuh......hadiah yg cukup lumayan untuk pemenang pingat emas sukan olimpik 2012

    BalasPadam
  3. KALO NAK RASA KUIH RAYA KENA MAI LA TIME RAYA NNT..HIHI

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!