CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 13 Julai 2012

Ducati Diavel CKD


KUMPULAN Syarikat Naza (Naza) menerusi anak syarikatnya, Next Bike Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal motosikal berkuasa tinggi, Ducati menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit dengan 80 peratus daripadanya disumbangkan oleh model Monster manakala 20 peratus daripada model Diavel tahun ini.

Model Ducati Diavel yang dipasang di negara ini (CKD) yang dijual pada RM109,888 seunit bagi model standard dan RM126,888 seunit untuk Diavel Carbon,” katanya pada majlis memperkenalkan harga baru Ducati Diavel dan lima pakej warna baru untuk model Monster 795, di Kuala Lumpur, semalam. 

Sebelum ini, model Ducati Diavel yang diimport sepenuhnya (CBU) dijual bermula pada harga RM139,888 hingga RM159,888 seunit ketika diperkenalkan di pasaran tempatan tahun lalu.


Pada majlis itu, Ducati turut memperkenalkan lima pakej warna menerusi konsep Monster Art yang boleh diubah suai mengikut cita rasa pengguna pada motosikal Monster 795. Ducati Monster 795 dengan Monster Art dijual pada harga RM61,900 dan versi spesifikasi lengkap RM65,900 termasuk tambahan sistem ekzos Termignoni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!