CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 16 Jun 2012

Perlawanan Persahabatan B22 Harimau Muda VS Qatar


Adalah dimaklumkan bahawa tiket-tiket untuk menyaksikan Perlawanan Persahabatan antara Malaysia B22 dan Qatar B22 akan dijual pada Ahad, 17 Jun 2012 mulai 2.00 Petang di Stadium Shah Alam
Tiket-tiket perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia U-22 menentang Qatar U-22 pada 17/6/2012 boleh dibeli secara online  di laman web www.tickethotline.com.my sehingga pukul 9pagi pada hari perlawanan.
Harga tiket adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Penebusan tiket pada hari perlawanan di Kaunter No 7,Pintu A Stadium Shah Alam. Penebusan tiket bermula jam 3petang hingga perlawanan bermula.



Aksi persahabatan antara Harimau Muda dan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Qatar di Stadium Shah Alam petang esok.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, hanya 23 pemain berbanding 27 pelatih ketika ini akan dibawa ke di Myanmar bagi mengharungi kelayakan Piala AFC B-22 yang bakal membuka tirainya pada 21 Jun ini.
"Buat masa ini, saya masih belum membuat keputusan mengenai senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ke Myanmar.
"Ia hanya akan diketahui selepas aksi menentang Qatar" 
Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, Harimau Muda diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Filipina, Taiwan, Vietnam dan juga tuan rumah, Myanmar.
Terdapat 41 pasukan yang dibahagikan kepada tujuh kumpulan dalam aksi yang julung kali diadakan itu.
Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan bakal mara ke pusingan akhir yang dijadualkan bermula tahun depan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!