CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 16 Jun 2012

Jerebu Melanda Malaysia


Kualiti udara di Lembah Klang dan Perak merosot semalam berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini menjangkakan keadaan berjerebu itu akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.
Katanya, laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meterological Centre menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat sejak Selasa lepas.

Imej satelit itu juga menunjukkan jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke pantai barat Semenanjung Malaysia.
Berikutan itu, JAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!