CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 8 Jun 2012

Macam Tak Percaya Sahaja Sime Darby Tewaskan Chelsea


VS

Tapi ini bukan kerana perlawanan bola sepak, tetapi perlawanan dalam bidaan untuk membeli Stesen Tenaga BatterseaMereka merebut unutk membeli Stesen Tenaga Battersea adalah kerana masing-masing ada tujuan dan perancangan tersendiri.

 Stesen Tenaga Battersea.
Kelab bola sepak Chelsea di England gagal untuk membina stadium baharu di Stesen Tenaga Battersea di tepi Sungai Thames.

Kegagalan itu disebabkan oleh kelab tersebut yang dimiliki bilionair terkenal dari Rusia, Roman Abramovich  kalah dalam bidaan untuk memiliki stesen tersebut.
Beliau kalah kepada dua buah syarikat dari Malaysia, Sime Darby Property Bhd. dan SP Setia yang secara bersama berjaya dalam bidaan untuk memiliki stesen berkenaan.
Abramovich mahu memiliki stesen tersebut untuk dibangunkan semula bagi menjadi stadium baharu kelab bola sepak Chelsea.
Kelab bola sepak itu sebelum ini menimbang untuk mencari stadium baharu.
Stadium Chelsea, Stamford Bridge hanya boleh memuatkan kira-kira 42,000 penonton.
Syarikat-syarikat dari Malaysia itu menyatakan ia menandatangani perjanjian eksklusif semalam dengan pentadbir dan penerima bersama bagi pihak hartanah tersebut bagi memiliki tapak stesen berkenaan pada harga £400 juta (RM1.96 bilion).
Keluasan tapak itu ialah 15 hektar.
SP Setia dan Sime Darby akan membina sebuah stesen tren bawah tanah sebagai sebahagian daripada penambahan rangkaian pengangkutan awam di sini.

2 ulasan:

  1. Kaya giler syarikat-syarikat kt malaysia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah........... malaysia sebenarnya negara yang kaya.....
      tetapi hanya segelintir jer rakyatnya kaya....ini disebabkan.......?????

      Padam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!