CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 8 Jun 2012

Perlawanan Pembuka Tirai EURO 2012 | Poland VS Greece



Poland berjanji untuk menampilkan aksi terbaik pada perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 menentang Greece tengah malam ini.
Selain membuktikan kehebatannya selaku penganjur Euro 2012 bersama Ukraine, Poland turut berazam untuk menghiburkan kira-kira 55,000 penyokong yang hadir di Stadium Nasional, Warsaw.
Poland dan Greece sedar kemenangan pertama sangat penting dalam misi memburu slot ke peringkat kalah mati selepas diundi bersama Rusia dan Republik Czech dalam Kumpulan A.

Untuk rekod, Poland tewas pada perlawanan pembukaan dalam tiga kejohanan utama yang disertai iaitu pada kempen Piala Dunia 2002 dan 2006 serta Euro 2008.
Poland meletakkan sandaran kepada trio pemain yang beraksi bersama juara Liga Jerman musim ini, Borussia Dortmund iaitu Robert Lewandowski, Jakub Blaszczykowski dan Lukasz Piszczek.
Impian Poland untuk melepasi saingan di peringkat kumpulan bergantung kepada kehebatan pemain-pemain ini.
Lewandowski yang menjaringkan 22 gol daripada 34 perlawanan bersama Dortmund musim ini akan mengemudi jentera serangan Poland.
Kapten, Blaszczykowski menjadi ‘arkitek’ yang merencana bahagian tengah manakala Piszczek mengetuai benteng pertahanan pasukan itu.
Bagaimanapun, Smuda bakal menjadi tumpuan selepas beliau berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap terutamanya selepas seri dengan Jerman, Mexico dan Portugal pada aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!