Apa pulak dengan Roadster nie.........
Hehehehe..............inilah Roadster dari Buggati.
Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse |
SELEPAS kejayaan kenderaan berprestasi tinggi Bugatti Veyron 16.4 Super Sport, syarikat automotif daripada Perancis itu tidak perlu menunggu lama untuk memperkenalkan varian terbarunya iaitu Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse.
Kenderaan model roadster itu dikategorikan sebagai kenderaan paling berprestasi apabila menghamburkan kuasa maksimum sehingga 1,200 kuasa kuda (hp).
Kuasanya meningkat sehingga 199 hp berbanding Veyron 16.4 Super Sport berikutan menggunakan empat pengecas turbo dengan penyejuk terbaru.
Ia juga dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac kotak gear pertukaran terus (DSG).
Jentera yang menggunakan enjin W16 bersesaran 7.9 liter mencapai kuasa kilas sehingga 1,500 Nm antara 3,000 hingga 5,000 rpm.
Kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga 410 kilometer sejam (km/j) dan hanya mengambil 2.6 saat untuk mencapai tahap pegun ke 100 km/j.
Jentera yang menggunakan pacuan empat roda itu dikatakan paling pantas dalam kategori kenderaan roadster.
Pembangunan terbaru model itu membabitkan spoiler bumbung untuk mengurangkan bunyi bising tiupan angin.
Bentuk hadapan dan belakangnya diterapkan bentuk aerodinamik dengan laluan udara yang besar bagi menyejukkan radiator selain tampak garang.
Bahagian dalamannya pula menggunakan reka bentuk sporty yang disaluti dengan material gentian karbon termasuk konsol tengah, pintu dan bersebelahan pada papan pemuka.
Tempat duduknya dibaluti kulit dengan dua warna berbeza yang memberi impak menarik kepada jentera itu.
SPESIFIKASI:
Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse
ENJIN: Enjin W16 bersesaran 7.9 liter
KUASA MAKSIMUM: 1,200 hp
TORK MAKSIMUM: 1,500 Nm antara 3,000 hingga 5,000 rpm.
TRANSMISI: Transmisi tujuh kelajuan dwi-klac DSG.
roadster ni kalau guna ron95 boleh x
BalasPadam