CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 3 April 2012

Siapa Yang Suka Imej Mewah Dan Sporty....???? Saya Ada Jawapannya.

Imej mewah merupakan satu kebanggaan bagi setiap individu....ini kerana ianya salah satu menunjukan kemampuan seseorang.


Tapi bagi KIA imeJ Mewah Dan Sporty boleh menjadi kebanggaan kepada si pemakainya....dan lahirnya sebuah kereta buatan KOREA yang hebat iaitu KIA FORTE.


ARAH tuju pengeluar automotif Korea, Kia yang lebih mengutamakan rekaan terkini ternyata membuahkan hasil apabila mengeluarkan beberapa model terbaru dengan menggabungkan bentuk sporty dan moden.

Malah, sejak kebelakangan ini, Kia tampak berani apabila tampil dengan pelbagai segmen kenderaan berbentuk mantap dan bergaya.





Di negara ini, produk Kia kian diterima masyarakat setempat apabila banyak modelnya kelihatan di jalan raya bermula seperti Rio, Forte, Sportage, Optima, dan Sorento.



Bagaimanapun, model coupe yang diserap pada Kia Forte melalui varian Forte Koup tampak sporty apabila tampil dengan dua pintu, cocok bagi anak-anak muda yang mahukan kelainan.



Walaupun menerapkan rekaan sporty, model ini masih sesuai untuk digunakan mereka yang sudah berkeluarga apabila masih mewarisi bentuk ‘abangnya’ iaitu kenderaan sedan, Kia Forte.


Cermin tingkap tanpa bingkai pada pintunya tampak unik dan anggun selain dipadankan rim aloi 17 inci untuk kelihatan tegap.

Secara keseluruhan bentuk hadapan dengan padanan jeriji yang besar dan lebar pada bamparnya ternyata tampak garang.

Ruang kabin dengan kerusi ala ‘bucket’ yang dibaluti kulit memberi sokongan secara optimum kepada pemandu bagi setiap perjalanan.

Papan pemuka dengan kombinasi dua warna yang menggunakan material lembut memberi imej mewah dan sporty sekali gus membuatkan penulis terpegun sebaik saja memasuki ruang kabinnya.

Bumbung mataharinya juga memberi kelebihan kepada model ini untuk pemanduan santai bagi menikmati tiupan angin sepanjang perjalanan.

Ternyata penulis tidak perlu menunggu lama untuk menyesuaikan dengan kenderaan ini apabila setiap ruang kokpit membabitkan tempat duduk memberi keselesaan ketika pemanduan.

Sebaik menghidupkan enjinnya dengan menggunakan butang, jentera ini memberi kuasa yang cukup meyakinkan untuk pemanduan agresif.

Enjin 2.0 liter DOHC CVVT THETA II ini bersama transmisi enam kelajuan automatik dapat menghamburkan kuasa maksimum 156 PS.

Kuasa kilas 192.2 Nm pada 4,300 rpm pada jentera ini ternyata memberi pecutan di lebuh raya mahu pun di dalam bandar.

Sistem suspensi topang MacPherson pada bahagian hadapan ternyata memberi keyakinan dalam pengendalian laluan berselekoh sama ada pemanduan biasa atau agresif.

Malah, penumpang tidak perlu bimbang dengan hentakan yang terlalu kuat kerana suspensinya dapat menyerap dengan baik sekali gus memberi keselesaan sepanjang perjalanan.

Ia juga dilengkapi sistem keselamatan terkini apabila dilengkapi Program Kestabilan Elektronik (ESP), enam beg udara dan pengesan belakang untuk memasuki tempat letak kereta.


SPESIFIKASI:

KIA FORTE KOUP

ENJIN: 2.0 Liter DOHC MPI CVVT THETA II 
KUASA MAKSIMUM: 156 PS pada 6,200 rpm 
TORK MAKSIMUM: 194.2 Nm pada 4,300 rpm
TRANSMISI: Automatik enam kelajuan

CIRI-CIRI KESELAMATAN: Beg udara berkembar hadapan, sisi dan bidai, ABS serta ESP 

HARGA: RM115,800.

TAYAR YANG DICADANGKAN: 



  • Corak: ContiMax Contact MC5 







  • 215/45R17 87V FR
  • 1 ulasan:

    Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!