Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Saya nak berkongsi satu berita yang panas dan hangat pada semua...iaitu Kisah GENG BUMPER. Geng Bumper adalah salah satu kumpulan penjenayah yang dikehendaki POLIS. Ini kerana kumpulan ini banyak melakukan jenayah rompakan kepada golongan wanita.
Pemandu wanita yang yang memandu sendirian perlulah lebih waspada kerana geng bumper ini hanya mensasarkan kepada Pemandu Wanita.
Contohnya terjadi kepada wartawan wanita yang dikenali sebagai NOR.
Kisah ini telah telah diceritakan oleh mangsa dan disiarkan pada Harian Metro
Sambil-sambil itu KLIK sini kejap... << KLIK-KLIK >>
“Saya menarik nafas kerana terselamat, namun masih fobia dan trauma,” kata wartawan wanita dari sebuah akhbar tempatan dikenali sebagai Nor, 30-an, yang nyaris menjadi mangsa samseng jalanan dipercayai ‘geng bumper’ dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sini ke rumahnya di Kajang.
Menurutnya, dalam kejadian Isnin lalu jam 6.30 petang itu, kereta dipandunya dihimpit Kisah GENG BUMPER berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dari persimpangan lampu isyarat berhampiran pejabat cawangan akhbar berkenaan di Presint 15 sehingga ke persimpangan Sungai Ramal menghala Sungai Chua, Kajang, Selangor.
“Insiden itu bermula selepas saya membunyikan hon kepada kereta berkenaan kerana memotong secara melulu dan berhenti secara mengejut di hadapan. Kereta itu meneruskan perjalanan sebelum mengacah untuk memotong dan menghimpit secara dekat.
“Pada masa sama, pemandunya membunyikan hon, menyalakan lampu dan memberi isyarat supaya saya memberhentikan kereta, tetapi saya memecut,” katanya menceritakan detik cemas 15 minit dilaluinya itu, semalam. Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut, dia menghubungi kenalan yang juga anggota polis untuk memaklumkan kejadian itu dan melaporkan nombor pendaftaran kereta dinaiki tiga lelaki terbabit.
“Pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran itu palsu dan bukan miliki Toyota Vios berkenaan. Saya dinasihatkan meneruskan perjalanan, sama ada ke balai polis berhampiran atau kawasan orang ramai.
“Sebaik tiba di persimpangan Sungai Ramal, kereta terbabit mengubah laluan. Saya bernasib baik kerana tidak lagi diekori,” katanya.
Menurutnya, dia dimaklumkan polis sudah menerima laporan beberapa kes samseng jalanan seumpama itu dipercayai angkara ‘geng bumper’ yang menjadikan pemandu wanita bersendirian sebagai mangsa.
p/s : Harap kepada pemandu yang sentiasa memandu bersendirian perlulah sentiasa berjaga-jaga.........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan