CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 17 Mac 2012

iPad 3 Menjadi Rebutan

Peminat kembali membanjiri kedai-kedai komputer Apple di Asia dan Eropah semalam bagi mendapatkan versi terbaharu komputer tablet syarikat berkenaan, iPad 3.
Peminat gajet berbaris panjang bagi mendapatkan komputer tablet terbaharu itu di Britain, Perancis, Jepun, Hong Kong dan Singapura,.
Di Tokyo, sekitar 450 orang beratur di luar sebuah kedai Apple.
Sebahagian mereka sanggup bermalam di luar premis berkenaan kerana mahu menjadi antara kumpulan pertama yang memiliki iPad 3.
Di Hong Kong pula, hari pertama jualan iPad 3 menyaksikan komputer itu bertukar tangan apabila ia dijual beberapa ratus dolar Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi berbanding harga jualan.
Akhbar South China Morning Post melaporkan, seorang peniaga membeli dua iPad 3 versi 32 gigabit pada harga bersamaan AS$1,700 (RM5,201) daripada seorang pelanggan yang membayar AS$1,200 (RM3,670) untuk dua gajet berkenaan.
Versi ketiga iPad itu turut dijual di Australia, Jerman dan Switzerland semalam serta boleh dibeli di AS dan Kanada bermula pukul 8 pagi waktu tempatan manakala 25 negara lain akan mula menerima komputer tersebut seminggu kemudian.
Model iPad 3 dilengkapi pemprosesan lebih pantas dan skrin lebih jelas.
Ia juga didatangkan dengan kamera lebih bermutu seperti yang terdapat pada iPhone terbaharu.
Walaupun gajet itu berdepan saingan sengit daripada komputer tablet murah seperti Kindle Fire, iPad kekal sebagai komputer tablet paling popular.
Apple menjual lebih 55 juta komputer iPad sejak ia mula memasuki pasaran pada 2010 termasuk 40 juta unit pada tahun lalu.

5 ulasan:

  1. Ipad yg 1st pun xder lg..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...nanti kan dapat samsung galaxy note..kan

      Padam
  2. XPAYAH LA NAK EXCITED BLI IPAD KE IPHONE...SBB BENDA NI BUKAN ASET...LAMA2 AKAN JATUH HARGA...BAIK BELI BENDA YG BOLEH JADI ASET...

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!