CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 23 Februari 2012

Proton Akan Keluarkan Kereta Dengan Internet

PROTON Holdings Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional pertama negara muncul syarikat kenderaan pertama di Malaysia yang melancarkan kereta penumpang dengan kemudahan Internet rangkaian 4G bermula dengan model terbaru Proton P3-21A.
Proton P3-21A
Serentak itu, Proton turut mengumumkan kesediaan perkhidmatan Internet dalam kebanyakan kenderaan dikeluarkan syarikat pada masa depan yang menggunakan kemudahan disediakan pembekal akses Internet 4G, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).



Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sedia memberi nilai tambah dalam kenderaan keluaran mereka pada masa depan bagi memenuhi permintaan pengguna kerana industri automotif bukan lagi tertumpu pada rekaan semata-mata, tetapi mahukan nilai tambah.


“Justeru, kami mengambil keputusan untuk melangkah ke depan memberikan nilai tambah yang diidamkan pengguna,” katanya selepas melancarkan kereta dilengkapi akses Internet Yes 4G pertama di Kuala Lumpur, semalam.


Turut hadir Pengarah Eksekutif Yes, Datuk Yeoh Seok Hong.



Beliau berkata, Proton bekerjasama dengan YTL Communications selama setahun bagi membangunkan teknologi dalam kenderaan yang mengandungi modem jenis Huddle dan tiga slot bagi peranti mudah alih, iPad.



“Ia antara usaha kami ke arah penjenamaan semula Proton selain menawarkan pengguna keselesaan dan kelajuan yang lebih hebat ketika berada di jalan raya,” katanya.


Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.


Sementara itu, Yeoh berkata, syarikat bersedia memperluaskan kawasan liputan bagi memenuhi permintaan Internet yang meningkat.

7 ulasan:

  1. Apa guna internet dalam kereta? GPS je kut. Nak surf intenet pun ok gak, tapi kalau kat highway baru selesa pakai laptop sbb takde gegaran :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. penumpang jek lah yang guna....pemandu tgk jek lah.

      Padam
  2. Ada internet tp xder coverage pun xguna juga..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.

      Padam
  3. apsal inspira kali ni nmpk lawa jer

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!