Spekulasi mengenai siapakah pembida bertuah untuk memiliki kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) kini terjawab apabila Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) semalam mengumumkan memilih DRB-HICOM Bhd. sebagai syarikat yang bakal menguasai Proton.
Jualan kepentingan yang melibatkan 42.74 peratus ekuiti Khazanah itu ditawarkan pada harga RM5.50 sesaham atau nilai keseluruhannya RM1.291 bilion.
Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat dalam perbincangan dan penilaian terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan kewangan dan sama ada pemegang saham baharu itu boleh membawa Proton ke peringkat lebih maju seiring dengan aspirasi perkembangan sektor automotif nasional.
Menurut beliau, penjualan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada beberapa garis panduan dan di antaranya ialah ia perlu mendapat kelulusan daripada pemegang saham DRB-HICOM. Pada ketika ini DRB-HICOM mempunyai kakitangan kira-kira 40,000 orang.
"Sebaik sahaja selesai perjanjian jual dan beli ini, DRB-HICOM perlu melaksanakan tawaran awam mandatori ke atas baki saham Proton," katanya melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini semalam.
kakitangan DRB-Hicom cecah 40,000 orang. sebelum ni tak jangka seramai ni.
BalasPadamDenaihati...betul tuh...sebab dia semakin berkembang maju.
Padamsemoga selepas DRB-HICOM ambil alih,,,diharap cukai import ke atas kereta - kereta dimansuhkan.
BalasPadamharap2 begitulah....tapi bank jgn lah cekik darah kalo kita wat pinjaman bank..bank amik untung sama dengan harga kereta.
Padam