CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 24 Februari 2012

Akhirnya Terjawab Lisa Surihani Sah Milik Yusry

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed kini sah menjadi isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim setelah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya semalam.
Disaksikan lebih 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan, Lisa, 26, dan Yusry, 39, dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.
Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Lisa meluahkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin di antara mereka sejak tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Yusry telah termakbul.
"Walaupun gembira apabila sudah bergelar isteri tetapi saya agak sebak sebab arwah ayah tidak menyaksikan perkahwinan saya," ujarnya yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu.
Pada majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran, manakala Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan Nuratikah Songket menerima sembilan dulang hantaran.
Gambar majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry

Tahniah kepada Yusri dan Lisa Surihani semoga jodoh mereka berpanjangan.

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah... akhirnya Lisa & Yusry sah menjadi suami isteri. Tahniah & moga perkahwinan ini diberkati serta kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

    BalasPadam
  2. lama xbuka blog..the terus dtg cni..amboi dah bergosip artis la ni ye..hehehe lawak je...

    BalasPadam
  3. ya tahniah di ucapkan pada lisa surihani dan suami heehe..

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!