CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 2 Januari 2012

OSBON Juara Maharajalawak

 Keputusan Maharajalawak Mega
Kumpulan Osbon terus tegar memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap minggu berlangsungnya Maharaja Lawak Mega sehingga akhirnya bergelar juara!.
Kumpulan Osbon
Osbon yang dianggotai oleh dua pelawak ‘otai’ atau veteran, Mohd. Yusof Abdul Hamid atau Os, 50, dan Sharizan Ahmad atau Abon, 51, menjuarai pertandingan sengit yang berlangsung pada malam Sabtu lalu di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Dengan undian sebanyak 31.1 peratus, Osbon berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro sekali gus mengetepikan peserta kegemaran ramai iaitu kumpulan Boboi yang meraih undi sebanyak 29.3 peratus.
Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki Aksan dan Harun Salim Bachik hanya berjaya menduduki tempat kedua dan membawa pulang RM250,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Ternyata kemenangan Osbon sudah diramal ramai pihak apabila meraih pujian juri Datuk Siti Nurhaliza melalui persembahan pertama mereka manakala legenda bola sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan turut memberi komen yang positif melalui persembahan kedua Osbon.
Komen Siti terhadap Osbon: “Bukan komen negatif yang Siti mahu berikan sebab sorakan dan tepukan yang diberikan penonton di stadium tak putus-putus. Siti mahu ucap tahniah dan ini menunjukkan kebangkitan pelawak senior.”
Zainal pula mengulas: “Harap Osbon terus membuat lawak untuk menghiburkan rakyat Malaysia selepas ini. Walaupun kedua-duanya otai tetapi memang terbaik. Penonton menerima anda bukan kerana rupa atau usia tetapi kerana lawak berkesan yang anda berikan”.
Tapak 27 tahun
Selama 27 tahun bertapak dalam bidang lawak, buat pertama kali Os meluahkan dirinya berasa diiktiraf.
“Kami sentiasa cuba tampilkan yang terbaik dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami. Sudah 27 tahun saya berada dalam bidang lawak dan inilah kali pertama rasa diiktiraf berada di tapak ini,” tuturnya optimis.

Pemenang Pertama Kumpulan OSBON
Pemenang Kedua Kumpulan BOBOI
Pemenang Ketiga Kumpulan SAEHU
Pemenang Keempat Kumpulan SYOK
Selain Osbon dan Boboi yang menduduki tempat pertama dan kedua, kumpulan Saehu dari Indonesia pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Kumpulan Syok yang dianggotai Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah, 36, dan dua orang peserta daripada Singapura pula berjaya menduduki tempat keempat.
Biarpun menduduki tempat keempat, kumpulan Syok dikejutkan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 sedangkan pada mulanya tempat keempat diumumkan tidak mendapat sebarang hadiah berupa wang tunai.
Para peserta diadili dengan konsep 70 peratus markah juri awam daripada Datuk Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin serta seorang juri jemputan pelakon Aaron Aziz manakala 30 peratus pula adalah undian daripada penonton.

1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!