CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 3 Januari 2012

Berhati-Hati H5N1 Kembali Menyerang | Ambil Langkah Berjaga-jaga


Di China Pihak berkuasa kesihatan China berkata, virus selesema burung yang menyebabkan seorang pemandu bas di bandar Shenzhen maut pada hujung minggu lalu masih belum ke peringkat berjangkit antara manusia.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Shenzhen, virus yang ditemui pada pesakit itu 90 peratus sama seperti virus H5N1 yang sebelum ini ditemui pada itik-itik di China.



Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong pula berkata, virus yang ditemui pada lelaki itu sama seperti yang ditemui pada burung di bandar raya itu, baru-baru ini.

Mangsa yang tinggal di Shenzhen, bandar bersempadan dengan Hong Kong, meninggal dunia kerana kegagalan beberapa organ pada Sabtu lalu, seminggu selepas dimasukkan ke hospital akibat demam.

Satu analisis gen mendapati virus itu boleh dirawat dengan ubat anti-virus biasa iaitu amantadine.
Virus itu biasanya ditemui pada burung tetapi boleh berjangkit kepada manusia.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain  bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema? 
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.  Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!